awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC
Lebih 200 terbunuh dalam serangan bermotif etnik di Darfur, Sudan
Retorik perkauman, antipendatang dorong doktor asing tinggalkan UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOSTI bantu Nadma analisis pergerakan tanah guna teknologi penderiaan jauh

Bernama
Bernama
12/03/2022
06:47 MYT
MOSTI bantu Nadma analisis pergerakan tanah guna teknologi penderiaan jauh
Analisis berkenaan dibuat menggunakan teknologi yang dibangunkan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). - Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menganalisis pergerakan tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, menggunakan teknologi penderiaan jauh atau remote sensing angkasa.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, analisis berkenaan dibuat menggunakan teknologi yang dibangunkan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
Beliau berkata tujuh jenis maklumat berkaitan penderiaan jauh dan imej satelit boleh memberi maklumat awal berkaitan pergerakan tanah sekali gus membantu menangani risiko berkaitan tanah runtuh seperti kejadian di Taman Bukit Permai 2, Khamis lalu.
"Sebelum ini, sudah berlaku kejadian sama (tanah runtuh) di Kemensah dan kami pernah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya menerusi 'System E-Slope' yang membantu berkaitan pembangunan cerun.
"Ini adalah kerjasama MYSA dengan pihak berkuasa tempatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau lokasi kejadian, di sini, hari ini.
Ahmad Amzad berkata MOSTI berperanan memberikan maklumat yang diperlukan menggunakan satelit sekali gus membantu kerajaan dalam membuat keputusan dan lain-lain.
Pada Khamis lepas, insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang dekat sini, meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan selain menyaksikan 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOSTI
#NADMA
#pergerakan tanah runtuh
#Bukit Permai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan