KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan agenda Force For Good di bawah Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) dalam usaha melindungi alam sekitar.
Menurut Menterinya, Chang Lih Kang, inisiatif itu melibatkan empat teras utama yang selari dengan usaha kerajaan mencapai sasaran pengurangan perlepasan karbon negara sebanyak 45 peratus menjelang 2030.
"Hari ini MRANTI secara rasmi melancarkan agenda Force For Good iaitu inisiatif yang tertumpu pada perlindungan alam sekitar, peningkatan komuniti, tadbir urus yang baik dan membentuk tenaga kerja yang dinamik.
"Komitmen ini mencerminkan usaha kolektif untuk meningkatkan standard operasi untuk persekitaran yang lebih hijau, selamat dan lebih inklusif,"jelasnya.
Tambah Lih Kang, Malaysia boleh menjadi destinasi terunggul dalam penerapan kelestarian (ESG) di rantau ini.
Ketika ini ujarnya, kerajaan menerusi agensi berkaitan sedang menjalankan usaha menyahkarbon penjanaan tenaga, menggalakkan ekonomi pekeliling, mengurangkan banjir, memastikan bekalan air bersih mencukupi, melindungi keselamatan makanan dan mengubah mobiliti.
"Dari segi peralihan tenaga, kami menyasarkan untuk menambah baik tenaga boleh diperbaharu negara, dengan kapasiti daripada 25 peratus pada masa ini kepada 40 peratus pada 2035," jelasnya lagi.
MRANTI tambahnya, komited menjadi taman inovasi neutral karbon pertama di negara ini menjelang 2035.
Sementara itu, Lih Kang turut melancarkan Food Security Sandbox iaitu inisiatif terbaharu di bawah MRANTI dalam meningkatkan tahap sara diri (SSL) industri pertanian menerusi teknologi dan inovasi baharu.
Ia melibatkan kerjasama Sandbox Teknologi dan Inovasi Negara (NTIS) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan penyediaan tanah seluas 100 hektar di Pendang, Kedah dan Chuping, Perlis sebagai tapak ujian bagi inisiatif itu.
"Food Security Sandbox menawarkan syarikat pemula dalam bidang keselamatan makanan, seperti teknologi agrikultur, drone, variable rate technology (VRT), sistem kedudukan global (GPS), Sistem maklumat geografi (GIS) atau Internet Pelbagai Benda (IoT).
"Ia untuk mengakses tapak ujian yang terletak di Pendang, Kedah dan Chuping, Perlis dengan tanah seluas 100 hektar dan pembiayaaan tambahan untuk mempercepatkaan inovasi pengkomersilan mereka.
"Menerusi inisiatif ini kita menjangkakan tahap sara diri (SSL) bagi pengeluaran makanan tempatan. Meningkatkan produktiviti, hasil dalam industri pertanian, mengurangkan kos buruh atau tenaga kerja yang diperlukan ketika isu kekurangan buruh bagi sektor pertanian," jelasnya.
Tambah Lih Kang, inisiatif itu juga dijangka dapat mengurangkan harga input ladang dan kos operasi secara keseluruhan.
Selain itu, kelestarian alam sekitar juga dapat dikekalkan dengan mengurangkan kesan ekologi dalam industri pertanian.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Food Security Sandbox, Force For Good dalam Persidangan I-Nation anjuran MRANTI di Bangsar ibu negara pada Isnin.
Hadir menyaksikan pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Datuk Rais Hussin.
Fareez Azman
Mon Nov 20 2023
Menurut Chang Lih Kang, inisiatif itu melibatkan empat teras utama yang selari dengan usaha kerajaan mencapai sasaran pengurangan perlepasan karbon negara sebanyak 45 peratus menjelang 2030.
Asia Tenggara paling terdedah, krisis iklim harus dibendung bersama
Malaysia menggesa platform ASEAN diguna pakai secara efektif oleh semua negara anggotanya untuk membendung krisis iklim.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana Asia Tenggara merupakan antara rantau yang paling terdedah jika krisis tersebut terus memburuk.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana Asia Tenggara merupakan antara rantau yang paling terdedah jika krisis tersebut terus memburuk.
ASEAN perlu sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan
ASEAN perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran baharu kepada keselamatan dan kesepaduannya.
Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, pelbagai pakatan multilateral baharu mungkin muncul dan mencabar konsep “ASEAN centrality”, atau keutamaan ASEAN sebagai platform tunggal untuk berdialog, membuat keputusan dan mencorak hala tuju rantau ini.
Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, pelbagai pakatan multilateral baharu mungkin muncul dan mencabar konsep “ASEAN centrality”, atau keutamaan ASEAN sebagai platform tunggal untuk berdialog, membuat keputusan dan mencorak hala tuju rantau ini.
Seminit RM1,600, gaji Cristiano Ronaldo cecah ratusan juta setiap bulan
Cristiano Ronaldo, merupakan penerima gaji tertinggi selepas menandatangani kontrak baru bersama kelab terkemuka Liga Pro Saudi, Al-Nassr.
TikTok beritahu pengguna AS perkhidmatan ditutup 'sementara'
TikTok kesal terhadap undang-undang AS yang mengharamkan aplikasi itu.
ASEAN 2025: Asia Tenggara paling terdedah, krisis iklim harus dibendung bersama - Mohamad
Guna pakai ASEAN secara efektif dalam melaksanakan langkah bermakna untuk membendung krisis iklim.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Ambil Qatar sebagai contoh, MRANTI pandang serius isu keselamatan makanan
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Datuk Rais Hussin, strategi itu akan merangkumi pelan hala tuju menerusi Dasar Revolusi Perindustrian ke- 4 Negara ( Dasar 4IR Negara).
MOSTI lancar Agenda Force For Good di bawah MRANTI, komitmen melindungi alam sekitar - Lih Kang
Inisiatif itu melibatkan empat teras utama yang selari dengan usaha kerajaan mencapai sasaran pengurangan perlepasan karbon negara.
MOSTI lancar makmal alami kenderaan berautonomi MRANTI, selaras dasar NAP 2020
MRANTI AV XL merupakan sebuah pusat kecemerlangan kenderaan berautonomi (AV) dan Next-Generation Vehicles (NxGVs) dengan tujuan memacu pembangunan, pengujian dan pengkomersialan inovasi teknologi AV.
Sidang Kemuncak MCY 2023 tumpu lonjak hasil R&D&I tempatan ke pentas global
Sejak 2016, MCY berjaya membantu mengkomersialkan lebih 400 hasil R&D&I tempatan ke pasaran tempatan dan antarabangsa.
RM51.8 juta hasil jualan inovasi tempatan dijana melalui NTIS
Dalam tempoh dua tahun penubuhan NTIS, sebanyak 24 inovasi bagi menangani cabaran masyarakat dan sektoral berjaya dikomersialkan dan telah menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta.
Malaysia perlu lebih ramai jurutera bantu pembangunan negara mampan - MOSTI
Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera untuk membantu negara mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke arah membina masa depan lebih mampan.
MRANTI giat pemain industri dalam R&D, komersial dan inovasi menerusi Program Supercharger Series
Malaysian Research Accelerator For Technology And Innovation (MRANTI) lancar Program Supercharger Series, Supercharging Your Commercialisation Potential.
Tingkatkan minat orang muda terhadap STEM - CEO MRANTI
Malaysia perlu berusaha meningkatkan minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
100,000 pekerjaan bakal diwujud melalui industri dron - Dr Adham
Kerajaan menyasarkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui industri dron di Malaysia selain menyumbang RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030.
MOSTI, TPM, Huawei Malaysia dan TM jalin usaha sama perkasa perniagaan dengan e-perkhidmatan MRANTI
Technology Park Malaysia Corporation menandatangani MoU dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Berhad bagi menjalinkan usaha sama untuk membangunkan MRANTI.