KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan MIMOS, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), telah memulakan projek pengesanan vaksin yang berkaitan dengan teknologi Blockchain di peringkat konsep.
Timbalan Menteri MOSTI Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata penjejakan vaksin boleh digunakan bukan hanya untuk COVID-19 tetapi juga bagi vaksin atau ubat-ubatan lain di Malaysia.
"Ia akan dimulakan dengan siri setiap ubat, dengan penjejakan dilakukan dari pengilang hingga ke rantaian bekalan kepada doktor yang memberikan ubat dan individu yang menerimanya.
"Sistem ini kemudian dapat digunakan untuk menyediakan Sijil Kesihatan Digital yang memenuhi piawaian antarabangsa, misalnya CommonPass yang disokong oleh Forum Ekonomi Dunia dan Yayasan Rockefeller sehingga memudahkan pergerakan perjalanan dan rentas sempadan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata antara aplikasi teknologi Blockchain adalah untuk mengesan pergerakan ubat-ubatan yang mana di peringkat global, teknologi Blockchain dalam industri penjagaan kesihatan dianggarkan bernilai sekitar AS$500 juta (RM2,044 juta) menjelang 2022.
Ahmad Amzad berkata Blockchain dapat digunakan dalam penilaian insurans dan tuntutan, pengesahan penyedia penjagaan kesihatan, rantai bekalan ubat dan peranti, catatan kesihatan diri dan pertukaran data kesihatan serta penyelidikan dan penilaian klinikal.
"Blockchain boleh digunakan untuk mengesahkan kesahihan ubat-ubatan dan ini membantu membuktikan salasilah ubat-ubatan dari sudut pembuatan hingga penggunaan... sebagai contoh, Blockchain boleh digunakan untuk mengesan vaksin dari kilang pembuatan hingga ke tahap pentadbiran dan pengedaran," katanya.
Beliau berkata Blockchain juga menambah baik akses kepada rekod perubatan pesakit yang mana buat masa ini, institusi yang menyimpan rekod perubatan elektronik mempunyai kekangan apabila pangkalan data di sebuah hospital tidak dapat 'bercakap' dengan rakan sejawatnya di hospital lain disebabkan operasi berasingan dan menggunakan perisian berbeza.
Katanya ini menyebabkan tahap kecekapan yang rendah antara hospital yang berbeza apabila berurusan dengan pesakit yang sama.
"Blockchain yang dapat diakses secara universal akan membolehkan data diakses oleh pihak berkepentingan yang berkaitan secara selamat dan disahkan... akses dapat diberikan oleh pesakit dengan menggunakan kontrak pintar.
"Ini bukan sahaja meletakkan kawalan data kesihatan diri di tangan individu tetapi juga memudahkan rawatan bagi penyakit berulang dan mengurangkan kelewatan rawatan yang tepat," katanya.
Beliau berkata konsep sama dapat membantu meningkatkan kecekapan tuntutan insurans perubatan yang mana sebagai pesakit, seseorang itu mungkin berurusan dengan doktor dan klinik atau hospital berbeza, menyebabkan sejarah perubatan berada di tempat berasingan.
"Menempatkan rekod perubatan pada Blockchain yang membolehkan akses yang sesuai bukan sahaja membolehkan akses yang lebih cepat bagi syarikat insurans tetapi juga membantu mengurangkan kejadian penipuan," katanya.
Ahmad Amzad berkata teknologi seperti Blockchain juga boleh digunakan dalam pelbagai bidang daripada pertanian kepada perikanan, kesihatan kepada pendidikan dan pelbagai lagi yang mampu melonjakkan tahap sosioekonomi negara.
Beliau berkata Blockchain boleh digambarkan sebagai satu pangkalan data yang dikongsi antara pengguna tertentu dengan cara teredar dan tersebar.
"Dengan cara ini, tidak ada seorangpun yang mempunyai kawalan ke atas pangkalan data ini yang mana pangkalan data ini juga terdapat log digital bagi semua transaksi yang berkaitan... data yang tersimpan juga selamat melalui kaedah kriptografi.
"Blok data ini dirantai bersama dan menghasilkan satu rekod audit yang tidak boleh diubah... kombinasi ciri-ciri ini memberikan peluang unik untuk penggunaan Blockchain dalam pelbagai bidang dan dapat melonjakkan tahap sosioekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021

Ahmad Amzad berkata penjejakan vaksin boleh digunakan bukan hanya untuk COVID-19 tetapi juga bagi vaksin atau ubat-ubatan lain di Malaysia. - Gambar fail

Vaksin COVID: Kurang kesedaran, tiada MySejahtera punca Orang Asli belum daftar PICK
Kurang kesedaran berkaitan kepentingan vaksin dan tiada aplikasi MySejahtera dilihat antara punca Orang Asli masih belum mendaftar.

Empat terbunuh, 12 cedera bom meletup di hotel mewah
Empat terbunuh, 12 cedera bom meletup di hotel mewah

Keluarga penghantar makanan maut dihempap pokok layak didaftar sebagai asnaf - LZS
Bantuan susulan akan disalurkan kepada keluarga Allahyarham Syed Izzat Izzuddin.

Hari Bumi 2021: Pelihara bumi komitmen semua
WWF Malaysia yakin dalam usaha memulihkan bumi, tiada yang mustahil sekiranya komitmen tersebut dapat dijalankan dengan betul.

Sekolah ditutup dua hari jika ada satu kes COVID-19
Sekolah yang mempunyai satu kes COVID-19 akan ditutup sekurang-kurangnya dua hari.

Rumah terbakar: Ibu nekad terjun sungai bersama tujuh anak
Seorang ibu nekad untuk terjun ke muara sungai bersama tujuh anaknya untuk menyelamatkan diri dalam kebakaran.

AWANI Ringkas: 3 lagi jajahan Kelantan dikenakan PKP | PKPD melibatkan tiga lokaliti di Lahad Datu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Surat layang: Polis panggil dua individu rakam keterangan
Polis memanggil dua individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes surat layang.

Warga emas hilang seminggu ditemui dalam semak
Wanita warga emas yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Seberang Takir ditemukan dalam semak.

COVID-19: Kes positif global lebih 143 juta, korban 3.05 juta
Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.85 juta kes.

MOSTI mulakan projek penjejakan vaksin dengan teknologi Blockchain
MOSTI) dan MIMOS, dengan kerjasama KKM, telah memulakan projek pengesanan vaksin yang berkaitan dengan teknologi Blockchain di peringkat konsep.