awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan

Bernama
Bernama
15/08/2024
22:00 MYT
MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan
Loke bercakap pada sidang media selepas merasmikan Kuantan Port International Conference sempena ulang tahun ke-50 Pelabuhan Kuantan di Kuantan, semalam. --fotoBERNAMA
KUANTAN: Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia membantu kerajaan Pahang merealisasikan rancangan membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan (KIA), kata Menterinya, Anthony Loke.
Beliau, bagaimanapun berkata, setakat ini, pihaknya masih lagi belum menerima sebarang permohonan Lesen Pengendali Aerodrom daripada pemaju projek, iaitu aspek penting yang perlu ada sebelum meneruskan pembangunan lapangan terbang berkenaan.
Beliau berkata, sebaik permohonan lesen tersebut diterima, kementerian akan melakukan kajian dari segi trafik sama ada lokasi yang bakal dibangunkan itu bersesuaian atau sebaliknya, kerana ia merupakan sebahagian daripada Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP).
"Projek ini ialah projek pelaburan swasta. Ini bukannya projek di bawah Kementerian Pengangkutan. Kita boleh memudah cara. Apa yang diperlukan ialah mereka mendapat kelulusan daripada Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).
"Selepas itu, mana-mana syarikat atau pemaju projek tersebut perlu memohon lesen aerodrom daripada MOT. Itu ialah proses biasa yang terpakai kepada semua pihak. Setakat ini, saya difahamkan mereka (pemaju) masih dalam proses memohon lesen tersebut, kalau ada permohonan, tentu kementerian akan proses," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan projek pembinaan KIA selepas hadir Persidangan Antarabangsa Pelabuhan Kuantan 2024 sempena Ulang Tahun ke-50 Pelabuhan Kuantan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, di sini, semalam.
Projek itu yang sepatutnya bermula tahun lepas dan dijangka beroperasi pada 2026, masih belum lagi memulakan pembinaannya setakat ini.
Loke berkata, hasrat kerajaan Pahang untuk membina lapangan terbang tersebut difahami memandangkan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini, di kawasan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali gus mewujudkan kekangan.
"Kerajaan Pahang sudah lama lama menyatakan hasrat ingin melihat satu (lagi) lapangan terbang penerbangan awam secara khusus. Ia banyak kekangan sebab berkongsi dengan landasan Tentera Udara.
"Jadi untuk jangka masa panjang, sekiranya dibangunkan satu lapangan terbang khusus untuk penerbangan awam, memanglah satu yang baik dan membawa kemajuan kepada Pahang kerana ia akan menjadi laluan kepada Pantai Timur," katanya.
Rancangan pembinaan lapangan terbang itu, diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Oktober 2021, yang semasa itu memaklumkan secara dasarnya ia telah dipersetujui MPFN dengan kerajaan negeri diminta membuat kajian mendalam berhubung projek itu.
Pada 6 Julai 2022, Wan Rosdy berkata, pembinaan lapangan terbang dengan kos RM2 bilion itu akan menjadi sebahagian daripada rancangan pembangunan bercampur bandar aeroangkasa di Gebeng di sini, membabitkan kawasan seluas 5,042 hektar yang disifatkan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Pahang.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan
#Lesen Pengendali Aerodrom
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan