KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak pernah mengarahkan Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dikosongkan dan dipindahkan bagi memberi laluan kepada pemilikan bangunan warisan itu oleh pihak swasta seperti didakwa sesetengah pihak.
Menterinya Anthony Loke sebaliknya berkata Perbadanan Aset Keretapi (RAC), selaku pemilik bangunan berusia lebih 100 tahun itu di Jalan Sultan Hishamuddin di sini, menawarkan KTMB berpindah ke Menara RAC yang baru siap dibina tahun lepas di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, secara percuma.
"Bangunan lama kita sedia maklum ada pelbagai masalah, sebab itu RAC bagi tawaran untuk pindah tanpa sewa, secara percuma. Tiada soal RAC paksa KTMB untuk pindah kerana itu hanya tawaran. Sekiranya KTMB tidak mahu, RAC boleh menyewakan kepada pihak swasta dan menjana pulangan sewa.
"Tidak pernah ada sebarang cadangan bahawa bangunan itu kalau dikosongkan nak diserahkan kepada mana-mana syarikat swasta seperti YTL. Itu bangunan warisan, bangunan sejarah negara, sudah tentu kepunyaan kerajaan melalui RAC," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi pihak kementerian di Dewan Rakyat hari ini.
Menara RAC berkenaan katanya dibina dengan usahasama syarikat YTL yang telah lama dirancang dan dimulakan semasa beliau menjadi Menteri Pengangkutan pada 2018.
Dalam pada itu, Loke berkata ketika ini tiada sebarang proses pemindahan dilakukan daripada bangunan yang dibina oleh pihak British semasa zaman kegemilangan kereta api di Tanah Melayu itu.
"Tawaran itu sama ada diterima atau tidak belum diputuskan, kalau KTMB tak nak terima itu terpulang kepada Lembaga Pengarah KTMB, MOT tidak akan paksa untuk pindah," katanya dan memaklumkan semua aset dan harta di bawah KTMB diletak di bawah RAC.
Beliau berkata sekiranya bangunan warisan itu dikosongkan, sudah tentu projek-projek pemuliharaan dan pemeliharaan seperti yang dilakukan oleh Khazanah Nasional Berhad di Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Negara, ketika ini dapat dilaksanakan.
Menurut maklumat dikongsikan Facebook KTMB, bangunan KTMB yang siap pada 29 Sept 1917 itu pernah mengalami kerosakan besar dua kali di sayap utara akibat dibom ketika Perang Dunia II serta kejadian kebakaran di tingkat dua bahagian sama pada 14 Nov 1968.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
Loke berkata, RAC selaku pemilik bangunan berusia lebih 100 tahun itu di Jalan Sultan Hishamuddin di sini, menawarkan KTMB berpindah ke Menara RAC yang baru siap dibina. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke
Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JLJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang.
E-Mutiara mohon pertambahan bas MRD di Kelantan
Syarikat bas E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah bilangan bas mini Mutiara Rentas Desa (MRD) yang kini menjadi pengangkutan awam pilihan rakyat Kelantan.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan.
Proses pendigitalan kendali penumpang MAHB dijangka siap menjelang 2025 - MOT
Inisiatif yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada 2025 itu turut meliputi pemasangan kios layan diri dan perkhidmatan bagasi layan diri secara berperingkat.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.