KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan tidak menerima inisiatif dana daripada hasil penjualan nombor pendaftaran kenderaan, sebaliknya kesemua hasil kutipan jualan itu disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.
Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata jumlah kutipan keseluruhan dari jualan nombor pendaftaran kenderaan bagi tahun 2023 ialah RM311.8 juta, termasuk penjualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) berjumlah RM21 juta.
Penjualan NPI bermula pada 2019, manakala tawaran bidaan melalui NPI bermula pada tahun 2023 dengan nombor siri M_M.
"Walau bagaimanapun, bagi tahun 2024 seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2024, sebahagian penjualan NPI akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang ingin tahu kutipan hasil daripada tawaran bidaan NPI dan perincian inisiatif yang telah dilaksanakan kementerian, dengan menggunakan hasil kutipan NPI sejak tahun 2018 sehingga 2023.
Loke berkata menerusi sebahagian penjualan NPI itu, kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi, yang memberi manfaat kepada lebih 40,000 belia daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 100,000 topi keledar termasuk topi keledar kanak-kanak dapat dibekalkan dan diagih secara percuma kepada keluarga kurang mampu.
"Ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu terutama di Sabah, Sarawak dan Labuan, serta inisiatif pembiayaan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) kepada hampir 50,000 pemandu teksi, kereta sewa dan pemandu bas sekolah," katanya.
Dalam pada itu, Loke turut memaklumkan kementerian baru-baru ini telah memperkenalkan NPI untuk siri GOLD, dengan jumlah kutipan bagi siri itu setakat ini berjumlah RM17 juta.
"Seperti Yang Berhormat telah maklum, nombor siri GOLD1 telah dibida oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nilai RM1.5 juta, menyumbang kepada hasil kerajaan. Separuh daripada hasil tersebut dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan bagi tujuan pelaksanaan inisiatif seperti yang dinyatakan," katanya.
Menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai isu penipuan melibatkan penjualan nombor pendaftaran kenderaan di media sosial, beliau mengingatkan orang ramai supaya hanya membida nombor pendaftaran kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tidak membeli dari pihak ketiga, terutamanya di laman media sosial bagi mengelakkan kes penipuan.
"Kalau nak bida, bida melalui JPJ e-bid sistem yang dilaksanakan oleh kerajaan, bukan melalui pihak ketiga. Jadi kesedaran itu sangat penting, sebab kita nak supaya hasil itu masuk dalam hasil kerajaan untuk kita gunakan bagi membantu rakyat, lebih banyak inisiatif (dilaksanakan)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Loke berkata jumlah kutipan keseluruhan dari jualan nombor pendaftaran kenderaan bagi tahun 2023 ialah RM311.8 juta. - Foto Bernama
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan.
Proses pendigitalan kendali penumpang MAHB dijangka siap menjelang 2025 - MOT
Inisiatif yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada 2025 itu turut meliputi pemasangan kios layan diri dan perkhidmatan bagasi layan diri secara berperingkat.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.
MoT tidak terima inisiatif dana hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak menerima inisiatif dana daripada hasil penjualan nombor pendaftaran kenderaan.
Khazanah tiada perancangan jual pegangan MAHB -- Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tiada pengumuman rasmi daripada Khazanah berhubung hasrat untuk menjual pegangannya dalam MAHB.
Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh diteruskan - Loke
Kementerian Pengangkutan telah membuka Pemintaan Untuk Cadangan (RFP) bagi meneruskan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide).
Pengekalan SST enam peratus bagi penerbangan domestik dibincang minggu ini - Loke
Anthony Loke berkata perbincangan tersebut dijangka diadakan pada Mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.
Rider tuntut kadar upah perjalanan asal dikembalikan
Kumpulan rider terbabit memohon bantuan serta campur tangan kerajaan dalam menyelesaikan isu penurunan kadar upah mereka.