awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC akan tumpu perkukuh kedudukan Malaysia dalam pelancongan MICE serantau

Bernama
Bernama
10/09/2024
22:00 MYT
MOTAC akan tumpu perkukuh kedudukan Malaysia dalam pelancongan MICE serantau
Khairul Firdaus berucap pada majlis pelancaran Ekspo Makanan dan Minuman Genting SustainBiz di Genting Highlands, semalam. - Foto MOTAC
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menumpu untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam sektor mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) serantau.
Timbalan Menterinya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata segmen MICE yang sedang berkembang pesat bukan sahaja mencipta pekerjaan dan membuka peluang, tetapi juga akan meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama untuk perniagaan dan inovasi.
"Kejayaan hab perdagangan dan pameran bergantung kepada tersedianya penginapan yang berkualiti tinggi, ruang perniagaan, restoran, pilihan hiburan dan kemudahan riadah.
"Resorts World Genting cemerlang dalam semua bidang ini, menjadikannya lokasi yang ideal untuk mempromosikan aktiviti MICE dan menyokong matlamat pelancongan kita," katanya dalam ucapan beliau pada majlis pelancaran Ekspo Makanan dan Minuman Genting SustainBiz yang julung kalinya diadakan, di Genting Highlands, semalam.
Khairul berkata ekspo itu bukan hanya sekadar pameran semata-mata kerana ia mengukuhkan imej Malaysia sebagai hab MICE dan perdagangan antarabangsa.
Ekspo itu berlangsung dari 10-12 September dan dijangka disertai 3,000 pengunjung serta 60 pempamer jenama tempatan dan multinasional.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MICE
#Khairul Firdaus Akbar Khan
#Malaysia sebagai hab MICE dan perdagangan antarabangsa
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan