awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC, JTKSM laksana inisiatif penempatan sementara pekerja di hotel

Bernama
Bernama
06/02/2021
03:47 MYT
MOTAC, JTKSM laksana inisiatif penempatan sementara pekerja di hotel
Permohonan adalah terbuka bagi hotel yang berminat dan memenuhi syarat di bawah Akta 446. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA:Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melaksanakan inisiatif penempatan sementara pekerja di hotel mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446).
Menerusi kenyataan hari ini, MOTAC memaklumkan keputusan itu dicapai semasa sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pengurusan COVID-19 Bilangan 8 Tahun 2021 Siri 70, pada 26 Jan lepas.
Susulan daripada itu, perbincangan bersama wakil persatuan penggiat industri perhotelan dan bas persiaran telah diadakan pada 4 Feb (Khamis) bagi mendapatkan pandangan dan cadangan pelaksanaan inisiatif tersebut.
"Usaha proaktif kerajaan ini bertujuan untuk menangani penularan wabak COVID-19 yang berpunca daripada kluster tempat kerja khususnya yang melibatkan penginapan pekerja," menurut kementerian itu.
MOTAC berkata inisiatif ini merupakan alternatif terbaik pada masa ini yang secara tidak langsung dapat membantu kelangsungan perniagaan pengusaha hotel di negara ini yang terjejas akibat penularan wabak pandemik.
Justeru, MOTAC memaklumkan permohonan adalah terbuka bagi hotel yang berminat dan memenuhi syarat di bawah Akta 446.
Hotel yang telah berdaftar dengan MOTAC hanya perlu mengemukakan permohonan secara terus menerusi e-mel [email protected] manakala bagi yang belum, perlu mendaftar dengan MOTAC terlebih dahulu di www.spip.gov.my sebelum permohonan dipanjangkan kepada JTKSM.
Kementerian itu berkata skop hanyalah melibatkan penginapan bilik, tidak termasuk kos air, elektrik, dobi serta kemudahan lain, bagaimanapun pihak majikan boleh mendapatkan kemudahan lain yang berkaitan dengan tambahan kos yang dirunding bersama pihak hotel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penempatan sementara
#Pekerja
#hotel
#MOTAC
#COVID-19
#MKN
#Majlis Keselamatan Negara
#industri
#bas persiaran
#permohonan
#daftar
#Penginapan
#majikan
#Kluster tempat kerja
#Akta 446
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan