Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengenal pasti empat pertumbuhan pelaburan pelancongan satelit untuk tempoh 10 tahun akan datang untuk mempromosikan ekosistem budaya negara.
Timbalan Menterinya Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata keempat-empat destinasi itu adalah Putrajaya sebagai ibu negara pelancongan satelit untuk Malaysia, Port Dickson sebagai destinasi pantai antarabangsa, Tuaran Kota Belud (gold coast Kinabalu) dan Langkawi (pelancongan pulau utama).
"Keempat-empat pertumbuhan pelaburan pelancongan satelit sebenarnya adalah sebahagian daripada perancangan Dasar Pelancongan Negara untuk 10 tahun akan datang (2020-2030)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Pelancongan Sedunia 2019 di sini pada Jumaat.
Hari Pelancongan Sedunia, hasil cetusan idea Pertubuhan Pelancongan Dunia disambut di seluruh dunia setiap tahun pada 27 Sept untuk memupuk kesedaran di kalangan masyarakat antarabangsa tentang pentingnya pelancongan dan nilai sosial, budaya, politik dan ekonomi serta sumbangan sektor ini dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs).
Sementara itu, beliau menafikan dakwaan yang dibuat oleh Malaysia Inbound Chinese Association (MICA) bahawa kira-kira 2,000 hingga 3,000 pelancong dari China, Hong Kong, dan Macau telah membatalkan lawatan ke Malaysia pada September dan Oktober kerana keadaan jerebu dalam negara.
"Ini tidak benar .. Saya telah semak dengan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) bahawa tidak ada pembatalan kerana jerebu kerana jerebu di sini hanya untuk sementara waktu," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhammad Bakhtiar berkata walaupun industri pelancongan dan pengembaraan menjana 10 peratus daripada pekerjaan dunia, dasar baharu diperlukan untuk memaksimumkan potensi pelancongan untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan yang lebih baik, terutama bagi wanita dan remaja, juga dasar baru yang diperlukan untuk mencerminkan dan menggabungkan kemajuan teknologi yang berterusan.
"Malaysia sedang berusaha untuk memanfaatkan penggunaan trend teknologi digital ... ini bermakna pendapatan pelancongan yang lebih tinggi, lebih banyak peluang pekerjaan, perniagaan baharu dan infrastruktur yang lebih baik yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi keseluruhan.
"Oleh itu, kita perlu mempromosikan antara lain keusahawanan, kesaksamaan jantina dan pekerjaan belia, dan memperkukuh hubungan antara pelancongan dan teknologi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 27 2019
Muhammad Bakhtiar berkata keempat-empat pertumbuhan pelaburan pelancongan satelit sebenarnya adalah sebahagian daripada perancangan Dasar Pelancongan Negara untuk 10 tahun akan datang (2020-2030). - Bernama
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Terjun laut tinggalkan dadah RM3.55 juta
Dadah bernilai RM3.55 juta yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran ke Pulau Langkawi sebagai destinasi transit, digagalkan polis.
Langkawi bakal diserikan dengan Festival Mahsuri Disember ini
Festival Mahsuri bertujuan menjadikan Langkawi sebagai destinasi utama untuk pengalaman budaya bertaraf dunia.
Toldi, Hollioake ungguli kejohanan Ironman Malaysia 2024
Toldi menjuarai kategori lelaki dengan catatan masa lapan jam 10m 23s disusuli Tim Van Berkel dari Australia dan Andreas Dreitz dari Jerman.
LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.
Feri di Terminal Penumpang Kuala Kedah kembali beroperasi hari ini
Terdapat empat perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi dan lima perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah.
Feri Kuala Kedah-Langkawi beroperasi semula esok
Konsortium feri merancang untuk melaksanakan sembilan perjalanan keluar dan masuk ke Langkawi dari Terminal Penumpang Kuala Kedah.
BERNAS pamer kelainan di Laman Padi MAHA 2024 kali Ini
BERNAS mengambil peluang untuk mempamerkan inovasi terbaharu dalam pertanian padi dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan industri ini.
Sembilan perjalanan feri laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan
Kapten Baharin berkata, jumlah keseluruhan penumpang yang terbabit adalah seramai 1,791 orang.
567 penumpang feri kandas di beting pasir selamat tiba di Langkawi
Feri itu dapat bergerak selepas berjaya ditarik bot tunda dan meneruskan perjalanan ke Langkawi pada jam 9.05 malam.