KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan buntu memikirkan nasibnya selepas motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki musnah dalam kebakaran di Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri pada Jumaat.
Zulkifli Abdullah, 37, berkata, dia tidak mampu membeli motosikal baharu dalam kadar segera memandangkan kurang berkemampuan.
Menurutnya, buat sementara waktu dia terpaksa meminjam motosikal adiknya atau mungkin berehat sebentar menghantar makanan sehingga memiliki motosikal ganti.
"Saya sudah gunakan motosikal itu enam tahun, ingatkan bila habis bayar boleh bernafas sedikit, tapi tak sangka pula terlibat dalam kebakaran ini.
"Saya sebenarnya tinggal di Cheras dan kebetulan tidur di rumah mak di sini.
"Jam 4 pagi dengar bunyi bising, bila tengok api sudah marak dan memang tak sempat hendak selamatkan motosikal saya," katanya kepada Sinar Harian.
Zulkifli berkata, kejadian itu kali kedua berlaku di PPR Intan Baiduri, sebelum ini kejadian serupa berlaku di Blok E, namun tidak seteruk kejadian pada kali ini.
"Saya berharap siasatan terperinci dilakukan dan jika berunsur khianat pelaku perlu diambil tindakan tegas kerana telah menyebabkan kerosakan harta benda yang banyak," katanya.
Seorang lagi mangsa, Khairul Shaadid Mohd Stures, 29, berkata, dia terkilan motosikal yang baharu dipakai enam bulan turut terjejas dalam kejadian tersebut.
"Walaupun sedih, namun saya lega kerana motosikal saya terbakar sedikit sahaja dan tidak seteruk motosikal lain.
"Saya periksa enjin motosikal masih boleh dihidupkan, namun perlu menggantikan 'cover' set yang terbakar di bahagian kiri," katanya.
Seorang warga emas, Asma Idris, 67, berkata, motosikal suaminya turut musnah dalam kejadian itu.
"Jiran ketuk pintu bagi tahu ada kebakaran. Saya ingatkan rumah terbakar rupa-rupanya motosikal penduduk yang musnah.
"Walaupun sedih, namun bersyukur kerana kejadian tidak melibatkan nyawa.
"Cuma saya harap ciri-ciri keselamatan di sini dapat dipertingkat melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) atau rondaan berkala bagi mengelak insiden sama berulang," katanya.
Dalam kejadian sekitar jam 4 pagi itu, sebanyak 48 motosikal dan empat kereta musnah di Blok C PPR Intan Baiduri.
BACA: 50 motosikal, 4 kereta musnah dalam kebakaran
Kejadian dipercayai bermula daripada sebuah motosikal sebelum merebak ke motosikal lain yang diletak di kawasan parkir berbumbung serta empat kenderaan yang diletak berhampiran.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan bagi menyiasat sama ada kebakaran mempunyai elemen khianat.
BACA: 52 kenderaan musnah, polis siasat kemungkinan elemen khianat
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 05 2022
Zullifli menunjukkan motosikal jenis Honda Dash miliknya yang hanya tinggal rangka. -Foto Sinar Harian
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Lelaki jatuh lombong ditemukan lemas
Mangsa telah berjaya dijumpai oleh anggota kira-kira 1.5 meter dari tebing pada jam 1.33 pagi, Rabu.
Motosikal cari rezeki rentung dalam kebakaran
Buat sementara waktu dia terpaksa meminjam motosikal adiknya atau mungkin berehat sebentar menghantar makanan.
52 kenderaan musnah, polis siasat kemungkinan elemen khianat
Siasatan di lokasi kejadian mendapati kebakaran memusnahkan 48 motosikal serta empat kereta itu dipercayai bermula dari sebuah motosikal.
50 motosikal, 4 kereta musnah dalam kebakaran
Kebakaran melibatkan kedai bengkel separuh kekal di Blok C PPR berkenaan dan merebak ke kawasan parkir.
Pengawal keselamatan ditemui mati di tempat letak kereta PPR
Seorang pengawal keselamatan ditemui mati selepas dipercayai diserang dua lelaki di Blok D PPR Intan Baiduri, Kepong dekat sini, malam tadi.