MALAYSIA
Motosikal sendiri terbakar selepas khianat bakar dua kereta

Rakaman CCTV menunjukkan kelibat suspek membaling cecair sebelum kenderaan itu terbakar. -Sinar Harian
MELAKA: Seorang lelaki nyaris rentung selepas motosikal yang ditungganginya turut disambar api sejurus membakar dua buah kereta di sebuah rumah di Taman Bukit Katil Permai di sini dalam kejadian pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki dipercayai membakar dua kereta di Taman Bukit Katil Permai, Melaka, dan motosikal miliknya turut terbakar dalam kejadian yang dirakam CCTV.
- Polis menerima laporan daripada pemilik rumah yang juga anggota polis, dan sedang menyiasat motif serta mengesan suspek.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta tampil membantu siasatan.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati dua buah kereta jenis Perodua Bezza dan Perodua Axia yang diletakkan di garaj rumah tersebut musnah terbakar, manakala sebuah motosikal jenis SYM ditemui hangus di tengah jalan berhampiran lokasi kejadian.
“Motosikal yang terbakar dipercayai milik suspek dan ditinggalkan di lokasi. Tiada saksi bebas ditemui ketika kejadian berlaku, namun beberapa rakaman CCTV dari rumah mangsa sedang diteliti,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, anggaran jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk mengenal pasti motif kejadian serta usaha mengesan suspek.
Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami