awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Motosikal suspek serangan anak Rafizi guna nombor pendaftaran palsu - Polis

Bernama
Bernama
14/08/2025
06:45 MYT
Motosikal suspek serangan anak Rafizi guna nombor pendaftaran palsu - Polis
Shazeli berkata maklumat itu berdasarkan hasil pemeriksaan terhadap nombor pendaftaran motosikal yang digunakan semasa kejadian.
KUALA LUMPUR: Motosikal digunakan dua individu yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya petang semalam, didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Ringkasan AI
  • Motosikal yang digunakan dua suspek dalam serangan terhadap anak Datuk Seri Rafizi Ramli disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu, dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.
  • Polis sedang menyiasat jenis cecair dalam jarum suntikan serta meneliti rakaman CCTV di lokasi kejadian di pusat beli-belah Putrajaya, dengan mangsa kini dirawat di hospital di Selangor.
  • Serangan dipercayai dilakukan oleh dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar penuh yang mengekori kereta isteri Rafizi sebelum menarik dan menyuntik anaknya secara tiba-tiba.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata maklumat itu berdasarkan hasil pemeriksaan terhadap nombor pendaftaran motosikal yang digunakan semasa kejadian dan pihaknya sedang giat mengesan kedua-dua suspek terbabit.
"Setakat ini, penyerang dikesan ialah dua individu, namun identiti suspek masih belum dikenal pasti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Shazeli berkata polis masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti cecair yang didakwa digunakan di dalam jarum suntikan ketika kejadian.
Semalam, polis mengesahkan kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Shazeli berkata mangsa ialah seorang kanak-kanak lelaki dan sedang menjalani pemeriksaan lanjut di sebuah hospital di Selangor.
Beliau berkata siasatan masih dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian.
Rafizi dalam kenyataan semalam mengesahkan mangsa serangan itu ialah anaknya dan ketika kejadian, dua suspek lelaki terbabit berpakaian hitam, bertopi keledar dan menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isterinya.
Menurut Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR, anaknya ditarik secara tiba-tiba serta dicucuk dengan jarum suntikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#anak Rafizi Ramli
#suntikan
#PDRM
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan