awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Motosikal terbabas, remaja perempuan maut digilis treler

Sinar Harian
Sinar Harian
02/12/2022
22:15 MYT
Motosikal terbabas, remaja perempuan maut digilis treler
Eng Lai berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagia kepala disahkan maut di lokasi kejadian. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Seorang remaja berusia 19 tahun maut digilis sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Kuching dari arah Bulatan Batu Caves menghala Bulatan Kepong di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, wanita terbabit dipercayai terjatuh daripada motosikal ditungganginya sebelum digilis sebuah treler sekitar jam 11.40 pagi Jumaat.
"Kejadian melibatkan seorang wanita tempatan yang menaiki sebuah motosikal jenis Honda Wave dan sebuah treler dipandu seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa menunggang motosikal di kiri bahu jalan telah hilang kawalan dan terjatuh sebelum digilis treler yang sedang bergerak di lorong sama," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Eng Lai berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagia kepala disahkan maut di lokasi kejadian.
"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2206, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran," ujar beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#remaja wanita
#digilis treler
#Jalan Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan