awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Motosikal terbabas, wanita maut digilis lori

Aida Aziz
Aida Aziz
24/01/2022
05:04 MYT
Motosikal terbabas, wanita maut digilis lori
Seorang wanita maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas sebelum digilis oleh lori (gambar) di KM 57 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur menuju ke Ipoh hari ini. - Gambar ihsan Polis Tapah
TAPAH: Seorang wanita maut digilis lori selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di KM 57 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur menuju Ipoh hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa dikenali sebagai M. Sarasa, 50, cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku pada jam 7.50 pagi apabila motosikal jenis Honda Wave itu dalam perjalanan menuju Ipoh.
Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah hilang kawalan dan terbabas.
"Mangsa kemudiannya jatuh di jalan raya dan digilis oleh sebuah lori jenis Nissan yang menuju arah sama.
"Dalam kemalangan ini penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan telah meninggal dunia di tempat kejadian, pemandu lori pula tidak cedera," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat pada jam 2 petang, selepas menerima keputusan ujian COVID-19.
Beliau berkata punca kematian akan dikemaskini selepas proses bedah siasat dan tiada tangkapan dibuat. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#wanita maut digilis lori
#motosikal terbabas
#kemalangan
#Tapah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan