Kerajaan Mozambique dan Afrika Selatan bersetuju memberi kebenaran kepada Malaysia untuk meneruskan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di perairan kedua-dua negara itu.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bagaimanapun, kerajaan masih menunggu lebih banyak serpihan dijumpai sebelum menghantar pasukan mencari ke negara berkenaan.
"Buat masa ini kita tidak perlu menghantar pasukan kerana pasukan daripada kedua-dua negara itu akan membantu kita mencari dan memaklumkan kepada kita jika lebih banyak serpihan ditemui," katanya.
Liow berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Cemerlang Akademik Sesi 2015 dan Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi di sini, hari ini.
Beliau turut mengakui dua serpihan yang ditemui di Mozambique baru-baru ini hampir pasti milik pesawat MH370, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia Darren Chester semalam.
"Pasukan pakar masih tidak boleh mengesahkan, cuma kemungkinan besar ia adalah MH370 kerana cetakan dan penstresilan memang mirip dengan pesawat MAS.
"Setiap syarikat penerbangan mempunyai cara tulisan sendiri dan pesawat MAS yang hilang cuma MH370. Ini adalah lebih kepada kebarangkalian besar kerana serpihan itu juga datang dari pesawat jenis Boeing 777.
"Tidak seperti flaperon yang boleh terus disahkan MH370 kerana mempunyai nombor siri. Serpihan yang ditemui itu tiada (nombor siri)," katanya.
Liow memberitahu bahawa penemuan kedua-dua serpihan itu juga mengukuhkan lagi teori yang pesawat malang itu berakhir di selatan Lautan Hindi kerana ia melibatkan arus kuat di kawasan perairan seluas 120,000 kilometer persegi itu.
Menurutnya jika lebih banyak serpihan pesawat itu ditemui, ia akan membantu pasukan membuat analisis dan menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu.
"Ia juga boleh menunjukkan bagaimana pesawat MH370 itu terhempas, sama ada pendaratan berlaku secara mendadak, perlahan atau meletup.
"Saya berharap penemuan ini akan membantu kita mencari penamat kepada apa yang berlaku," katanya.
Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Bernama
Thu Apr 21 2016
LIOW: Kerajaan masih menunggu lebih banyak serpihan dijumpai sebelum menghantar pasukan mencari ke negara berkenaan. -Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel
Dokumen tersebut mengandungi lebih 750 halaman bukti yang disokong ekshibit serta lampiran lebih 4,000 halaman.
Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.
Aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia
Bekas aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia pada Jumaat.
PM bincang isu BRICS, Palestin dengan bekas Menteri Perhubungan Antarabangsa Afrika Selatan
Perkara itu antara yang disentuh ketika menerima kunjungan hormat Dr Naledi Mandisa Pandor di pejabat beliau semalam.
Penyertaan Malaysia akan jadikan BRICS lebih inklusif - Wakil Afrika Selatan
Peranan Malaysia dalam BRICS akan diperkukuh lagi menerusi kepengerusian ASEAN pada 2025 selain pengaruh besar negara dalam NAM dan OIC.
Gempa bumi kuat landa selatan Afrika
Gempa dengan kedalaman 14 km itu berlaku di 2,143 km selatan dari Port Elizabeth, Afrika Selatan.
Polis Afrika Selatan temukan mayat bekas juara dunia lompat tinggi dengan kesan tembakan
Kes orang hilang dilaporkan oleh adik Freitag pada 24 Jun selepas "dia menyedari abangnya hilang ketika melawat rumahnya di Witbank pada 16 Jun 2024".
10 parti politik Afrika Selatan setuju bentuk kerajaan perpaduan nasional
Kesepuluh-sepuluh parti ini bersama-sama memperoleh 70 peratus undi dalam pilihan raya 2024.
Cyril Ramaphosa angkat sumpah Presiden Afrika Selatan bagi penggal kedua
Upacara mengangkat sumpah dijalankan dalam satu majlis berwarna-warni yang dihadiri beberapa ketua negara dan kerajaan di ibu negara Pretoria.
Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai Presiden Afrika Selatan
Ahli Parlimen Afrika Selatan pada Jumaat malam memilih semula Cyril Ramaphosa sebagai presiden negara itu untuk penggal kedua semasa sidang pertama badan perundangan, lapor Agensi Anadolu.