awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MP Ampang ditegur pakai vest berlogo parti dalam dewan

Bernama
Bernama
04/11/2014
15:34 MYT
MP Ampang ditegur pakai vest berlogo parti dalam dewan
Zuraidah ditegur kerana memakai vest hitam dengan logo parti di sidang dewan. -Gambar fail
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Said hari ini menegur Anggota Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin kerana memakai vest hitam mempunyai logo parti di persidangan dewan.
"Menurut peraturan mesyuarat Fasal 41 (F), anggota Dewan tidak boleh memakai pakaian yang mempunyai logo atau lambang parti," katanya sambil meminta Zuraidah menanggalkan vest tersebut.
Beliau membuat teguran itu ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti, Datuk Amar Douglas Uggah Embas malam ini.
Sebelum itu Menteri di Jabatan di Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim bangun dan mencelah penggulungan tersebut serta meminta Timbalan Speaker membuat teguran tersebut jika Zuraidah telah membuat apa-apa kesalahan.
Zuraidah, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan tersipu-sipu dalam jawapan balasnya setelah sedar akan kesilapannya itu.
Topic Berkaitan
#Ampang
#Dewan Rakyat
#logo parti
#vest
#zuraidah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan