awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma

Sinar Harian
Sinar Harian
16/04/2024
05:00 MYT
MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma
Syarat perlu dipatuhi pemilik untuk melupuskan kenderaan secara percuma melalui Pusat Sehenti Kereta Terbiar MPAJ.
AMPANG: Masalah kereta terbiar dan tersadai yang adakala memenuhi petak parkir di kawasan perumahan tertentu dijangka mampu diatasi menerusi Pusat Sehenti Kereta Terbiar dilaksanakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
MPAJ memaklumkan, pusat sehenti itu merupakan inisiatif baharu MPAJ dalam usaha membantu orang awam menguruskan kereta terbiar dan tidak digunakan lagi.
Menurutnya, perkhidmatan tersebut turut membantu orang awam melupuskan kenderaan terbabit secara sukarela.
"Perkhidmatan ini adalah percuma berdasarkan garis panduan dan perundangan yang ditetapkan.
"Warga Ampang Jaya boleh memohon pautan http://intranet.mpaj.gov.my/spmkm atau menghubungi talian 03-42857024," ujarnya menerusi kenyataan di Facebook.
Katanya, permohonan juga boleh dibuat melalui e-mel ke [email protected] atau hadir ke Menara MPAJ atau Depoh MPAJ Taman Putra Sulaiman dan Depoh MPAJ Taman Melawati.
Ujarnya, kenderaan yang mahu dilupuskan mestilah mematuhi syarat ditetapkan iaitu pemilik kenderaan yang sah, tidak memiliki rekod jenayah, tidak disenarai hitam serta kenderaan bebas pinjaman. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#MPAJ
#kereta terbiar
#lupus kereta
#Ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan