PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi penekanan kepada usaha menarik pelabur yang perlu dipergiatkan terutama melalui penawaran iklim pelaburan lebih komprehensif dan kompetitif.
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan semalam memaklumkan bagi mencapai unjuran peningkatan nilai sektor pembuatan yang telah disasarkan oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, ekosistem sektor pembuatan yang berkaitan khususnya perlu dipertingkatkan antaranya melalui penyediaan kemudahan dan infrastruktur taman perindustrian yang kondusif untuk pelabur atau pengilang.
Menurut KPKT penyediaan taman perindustrian yang terancang dan terurus dengan memberi penekanan kepada elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan penerimagunaan teknologi akan menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi.
"Penyediaan Taman Perindustrian Terurus (MIP) dengan infrastruktur ESG tersedia ini akan menjadi pencetus perubahan kepada penawaran ruang perindustrian di rantau ini.
"Pelabur dewasa ini juga lebih berminat dengan ketersediaan infrastruktur dan tawaran bantuan kepakaran yang membolehkan mereka untuk beroperasi dengan kadar segera menerusi konsep 'plug and play' mengikut kesesuaian pelaburan mereka," menurut kenyataan itu.
Menurut KPKT kegagalan Malaysia untuk menawarkan kemudahan tersebut akan menyebabkan pelabur berpindah ke destinasi lain di kawasan serantau.
Kenyataan itu memaklumkan MPFN telah mempertimbangkan lima kertas kerja melibatkan empat kertas persetujuan iaitu kertas cadangan pembangunan projek berkepentingan negara dikemukakan kerajaan Pulau Pinang, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan untuk mendapatkan pertimbangan dan nasihat majlis serta satu kertas pemakluman mengenai Maklumat Guna Tanah Negara 2022.
Maklumat Guna Tanah Negara diterbitkan dua tahun sekali bagi melaporkan penggunaan tanah semasa serta trend perubahan guna tanah negeri di Semenanjung Malaysia.
Ia disediakan berdasarkan kepada Sistem Maklumat Guna Tanah Perancangan Bersepadu (I-Plan) yang telah dibangunkan dan diguna pakai oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) bermula 2016.
Menurut kenyataan itu trend perubahan guna tanah tepu bina bagi 2018 kepada 2022 di Semenanjung Malaysia menunjukkan berlaku peningkatan keluasan 2.80 peratus atau 34,658.39 hektar berikutan pertumbuhan ekonomi negara yang membuka kepada permintaan guna tanah komersial dan industri yang menyumbang kepada peluang pekerjaan.
"Ini dapat dilihat dalam suku tahun keempat 2022, keadaan pasaran pekerjaan bertambah baik. Selain itu, peningkatan guna tanah tepu bina ini juga disebabkan migrasi penduduk ke bandar," menurut kenyataan itu.
Menurut KPKT keluasan guna tanah pertanian di Semenanjung Malaysia juga meningkat kepada 0.97 peratus atau 51,273.31 hektar, sebahagian besarnya disumbangkan oleh pembukaan kawasan pertanian bagi tujuan sumber bekalan makanan di negara ini.
Bagi guna tanah hutan, berlaku penurunan keluasan guna tanah sebanyak 1.48 peratus atau 92,751.23 hektar yang disebabkan oleh perubahan guna tanah daripada hutan kepada aktiviti pertanian dan pembangunan yang lain.
"Pembukaan kawasan hutan untuk aktiviti pembangunan lain perlu diberi perhatian oleh semua pihak memandangkan ekosistem alam sekitar yang terjejas boleh membawa kesan negatif yang besar kepada penduduk setempat seperti kejadian tanah runtuh, banjir dan lain lain," menurut kenyataan itu.
Bagi guna tanah badan air, KPKT memaklumkan berlaku peningkatan 0.29 peratus atau 1,063.78 hektar disebabkan penyemakan dan penyelarasan semula keluasan guna tanah badan air.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-43 di Bilik Persidangan ICU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, 11 Dis 2023. - Facebook Ab Rauf Yusoh
Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.
AWANI Ringkas: Bantu siasatan kes kematian Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Sungai Bakap: Pas Pulau Pinang sudah ada senarai pendek calon
Pas Pulau Pinang sudah mempunyai senarai pendek calon yang akan bertanding dalam PRK Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Skuad sepak takraw negara terima insentif khas daripada MSN - Hannah
Pasukan sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kejayaan membanggakan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Gencatan senjata: Retorik?
Apa cara untuk pastikan usaha ke arah gencatan senjata kekal dapat dicapai untuk menamatkan konflik di Gaza?
Nvidia umum hala tuju bagi semikonduktor baharu, platform Rubin pada 2026
Nvidia umum pelan hala tuju terbaharunya bagi kelompok semikonduktor baharu yang disifatkan bakal tiba dalam 'one year rhythm' atau ritma setahun.
Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
MPFN: Penawaran iklim pelaburan komprehensif dan kompetitif tarik pelabur
Bagi mencapai unjuran peningkatan nilai sektor pembuatan yang disasarkan, ekosistem sektor pembuatan yang berkaitan perlu dipertingkatkan.
MPFN setuju percepat tempoh kelulusan pembangunan - PM
Mempercepatkan tempoh kelulusan pembangunan secara tidak langsung mampu menambah baik persekitaran pelaburan.
Kerajaan lulus pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim
Ia berikutan LTAPP ketika ini hanya memiliki landasan tunggal yang hanya mampu menampung penumpang maksimum 12 juta setahun.
Tambak laut: Projek PSR secara dasarnya telah dipersetujui - Chow
Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, pendirian kerajaan negeri juga tidak bercanggah dengan MPFN kerana beliau sendiri tidak menyebut projek PSR itu mendapat kelulusan majlis itu.
MPFN tidak beri kelulusan projek tebus guna tanah P. Pinang
Khalid berkata, MPFN telah menasihati kerajaan Pulau Pinang melalui 18 nasihat yang digariskan, berserta dengan ulasan dan nasihat-nasihat tambahan daripada beberapa kementerian.
Projek tambak laut bentuk tiga pulau buatan selatan Pulau Pinang dilulus MPFN
Projek tambak laut bagi membentuk tiga buah pulau buatan di Perairan Selatan Pulau Pinang telah mendapat persetujuan pelaksanaannya oleh Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).