awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPFN setuju bangunkan pelan perancangan spatial marin Malaysia - PM

Bernama
Bernama
23/10/2024
14:51 MYT
MPFN setuju bangunkan pelan perancangan spatial marin Malaysia - PM
Anwar, yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-46 hari ini, berkata pembangunan itu akan dapat meningkatkan potensi lautan negara. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memutuskan untuk membangunkan pelan perancangan spatial marin Malaysia bagi memacu pelaksanaan Ekonomi Biru dan tadbir urus kelautan negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-46 hari ini, berkata pembangunan itu akan dapat meningkatkan potensi lautan negara.
"Kerajaan yakin pembangunan dasar yang jelas ini akan membolehkan potensi lautan negara dapat dioptimumkan sebagai sumber ekonomi negara di samping meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek pelaburan di Malaysia," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Beliau berkata mesyuarat itu juga bersetuju untuk terus memperkasa pembangunan infrastruktur mesra Orang Kurang Upaya di setiap bangunan dan tempat awam selaras prinsip MADANI yang menekankan konsep inklusiviti bagi memastikan tiada kelompok diabaikan dalam menikmati pembangunan Malaysia.
Anwar berkata mesyuarat itu adalah platform perbincangan penting antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam meneliti perkara terkait perancangan pembangunan bandar, desa dan guna tanah negara untuk dimanfaatkan secara bersama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#pelaburan
#prinsip MADANI
#keyakinan pelabur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan