awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPK serbu kedai arak tiada lesen di Taman Bayu Perdana

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2018
06:35 MYT
MPK serbu kedai arak tiada lesen di Taman Bayu Perdana
Penguat kuasa MPK menyerbu sebuah kedai arak yang beroperasi tanpa kebenaran di Taman Bayu Perdana malam tadi.- foto MPK
Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerbu sebuah kedai arak di Taman Bayu Perdana dan merampas pelbagai jenis minuman keras yang dianggarkan bernilai RM5,000.
Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, serbuan dilakukan anggota penguat kuasa di kedai berkenaan berikutan aduan daripada orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang peka dengan isu tersebut.
“Serbuan sekitar jam 10 malam dilakukan di kedai yang menjadi tumpuan warga asing dan tempatan dan kita merampas sejumlah 157 botol minuman keras pelbagai saiz, jenama dan harga dengan nilai RM 5,000,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, kedai tersebut diserbu kerana beroperasi tanpa kebenaran MPK dan juga Pejabat Daerah dan Tanah Klang serta berdasarkan siasatan, premis itu telah beroperasi sejak beberapa bulan lalu.
“Kedai berkenaan diberikan kompaun dan tempoh satu bulan untuk menuntut balik barang rampasan daripada MPK dengan syarat mereka mempunyai lesen serta dokumentasi yang lengkap,” katanya.
Norfiza berkata, jika dalam tempoh itu mereka gagal, MPK akan mengambil tindakan melupuskan barangan yang dirampas.
“Mengikut Undang-undang Kecil, pesalah boleh dikenakan kompaun berjumlah RM1000, dan jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih RM2,000,” katanya.
Operasi berkenaan dibuat selepas orang ramai membuat aduan mengenai botol arak tang dibuang merata-rata di kawasan berkenaan sehingga membahayakan keselamatan awam.
Topic Berkaitan
#kedai arak haram
#Majlis Perbandaran Klang
#minuman keras
#MPK
#rampasan arak
#serbuan MPK
#Taman Bayu Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan