awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPM diminta sumbang idea corak agenda besar negara - TPM

Bernama
Bernama
02/12/2017
07:20 MYT
MPM diminta sumbang idea corak agenda besar negara - TPM
Majlis Perundingan Melayu (MPM) diminta menyumbang idea bagi membantu kerajaan mencorak agenda besar orang Melayu dan negara. - Gambar Bernama
Majlis Perundingan Melayu (MPM) diminta menyumbang idea bagi membantu kerajaan mencorak agenda besar orang Melayu dan negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata MPM yang dianggotai tokoh yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang tidak seharusnya meletakkan pandangan mereka hanya di kertas seminar dan konvensyen, sebaliknya bersama-sama melaksanakan agenda berkenaan bersama kerajaan.
"Saya tidak mahu MPM memikirkan tentang hal titik bengik seperti bagaimana nak membayar sewa bangunan dan hal-hal pentadbiran, tetapi fokus kepada agenda besar negara," katanya ketika berucap merasmikan Wisma MPM - Bina Daulah dan persidangan tahunan kelapan MPM di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung MPM Datuk Prof Dr Hasan Mad.
Ahmad Zahid turut meminta MPM dan pihak lain supaya tidak membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keseorangan dalam menterjemahkan agenda negara.
"Perdana Menteri tidak boleh dibiarkan keseorangan, ditambah dengan hujanan pelbagai isu yang dilemparkan kepadanya. Saya akan terus membantu beliau," katanya.
Beliau turut mengingatkan MPM untuk membuka ruang kepada ilmuwan, agamawan dan golongan profesional yang lain dalam perbincangan mencorak agenda besar berkenaan.
"Kita tidak harus berada dalam kepompong sesama kita sahaja, bawa mereka duduk dalam MPM supaya menjadi 'check and balance' serta ambil kepedulian idea-idea mereka supaya ada keterangkuman dalam pelaksanaan agenda besar ini," katanya.
Ahmad Zahid bagaimanapun berkata masyarakat perlu sedar bahawa agenda diperjuangkan MPM selama ini tidak mendesak serta mengetepikan kaum-kaum lain.
Pada majlis itu, timbalan perdana menteri turut mengumumkan peruntukan bayaran sewa bangunan bangunan MPM berkenaan berjumlah RM2,800 sebulan bagi tempoh 10 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agenda
#Datuk Prof Dr Hasan Mad
#kerajaan
#majlis perundingan melayu
#negara
#Timbalan Perdana Menteri
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan