awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly

Faida Rahim
Faida Rahim
10/09/2024
06:18 MYT
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly Ahmad, berkata sehingga kini tiada lagi kes positif mpox baharu membabitkan individu yang disyaki dijangkiti virus itu pada akhir tahun lalu.
SUNGAI BULOH: Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata sehingga kini tiada lagi kes positif mpox baharu membabitkan individu yang disyaki dijangkiti virus itu pada akhir tahun lalu.
Katanya, sehingga kini kes mpox masih kekal seperti yang direkodkan pada tahun lalu iaitu sebanyak sembilan kes.
“Ini melibatkan saringan pintu-pintu masuk antarabangsa laut, udara dan darat. Sehingga hari ini Alhamdulillah Allah izinkan kita tidak lagi mendapat kes positif daripada mereka yang kita syaki.
“Saya sebagai menteri kerap diasak untuk meningkatkan prosedur operasi standard (SOP). Insha-Allah mpox tidak akan mengulangi waktu yang sangat kita elak, seperti kehidupan terjejas sebelum ini.
“Jangan risau tidak akan ada MCO (lockdown) seperti dalam era pandemik COVID-19.
“Namun saya juga ingatkan semua, jangan pula terlalu selesa kerana kita tahu transisi (jangkitan) virus ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ulang Tahun Ke-20 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sungai Buloh pada Selasa.
Menurut beliau, sehingga kini KKM telah membuat saringan Mpox terhadap lebih enam juta pengembara yang masuk ke negara ini.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan itu berharap situasi mpox di negara ini tidak dibandingkan dengan negara jiran, khususnya Singapura bagi mengelakkan suasana menggusarkan.
Setakat semalam, lima kes mpox dilaporkan menular di Singapura.
Topic Berkaitan
#mpox
#PKP
#Dr Dzulkefly
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan