awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mpox: Satu kes positif pada 16 Sept, pesakit dalam keadaan stabil - KKM

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
17/09/2024
03:00 MYT
Mpox: Satu kes positif pada 16 Sept, pesakit dalam keadaan stabil - KKM
Bagi kes yang disyaki mpox, swab lepuh, swab oral dan sampel darah/serum perlu dihantar ke makmal yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan virus mpox. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu kes positif mpox varian clade II di negara ini pada Isnin.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, pesakit tersebut merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 Sept, diikuti ruam yang mula muncul pada 12 Sept.
Katanya, pesakit tiada sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.
Dia kini sedang dalam isolasi dan berada dalam keadaan yang stabil, menurut Muhammad Radzi dalam satu kenyataan.
"Daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini, satu kes disahkan positif mpox clade II pada 16 Sept 2024.
"Dengan itu juga, semua 10 kes di Malaysia sejak 26 Julai 2023 sehingga kini adalah daripada clade II sahaja.
"Semua kontak bagi pesakit ini sedang dikenal pasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat," ujarnya.
KKM turut mengingatkan orang awam untuk meningkatkan kesiapsiagaan bagi membolehkan orang ramai memainkan peranan dengan meningkatkan kawalan kesihatan kendiri.
Pengamal perubatan di barisan hadapan juga perlu terus peka terhadap individu bergejala ruam dan lepuh yang datang mendapatkan rawatan, terutamanya dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.
Bagi kes yang disyaki mpox, swab lepuh, swab oral dan sampel darah/serum perlu dihantar ke makmal yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan virus mpox.
Kes disyaki mpox hendaklah dinotifikasi ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran melalui Sistem e-Notifikasi agar siasatan lanjut serta langkah pencegahan dan kawalan dapat dijalankan.
Topic Berkaitan
#mpox
#varian clade II
#Muhammad Radzi Abu Hassan
#ruam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan