awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MRSM Pengkalan Hulu nafi isu tular berkaitan makanan pelajar

Bernama
Bernama
16/05/2021
00:11 MYT
MRSM Pengkalan Hulu nafi isu tular berkaitan makanan pelajar
MRSM Pengkalan Hulu nafi dakwaan pelajarnya tidak menerima makanan Hari Raya Aidilfitri, tiada bekalan makanan serta menerima makanan basi. -Bernama
GERIK: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Hulu menafikan dakwaan bahawa pelajarnya yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak menerima makanan Hari Raya Aidilfitri, tiada bekalan makanan serta menerima makanan basi seperti yang tular di media sosial.
Yang Dipertua Badan Muafakat MRSM Pengkalan Hulu Abdul Mukti Ab Mutalib berkata semua pelajar menerima sumbangan kuih raya sehari sebelum Aidilfitri.
"Aduan bekalan makanan tidak mencukupi juga tidak benar kerana makanan banyak disumbangkan oleh pelbagai pihak sehingga berlebihan cuma waktu sahaja ada yang cepat dan lambat," katanya yang ditemui Bernama ketika melakukan rutin pemantauan kebajikan harian di MRSM berkenaan, pada Sabtu.
Berkaitan makanan basi, beliau berkata ia sebenarnya disebabkan sayur tauge yang dicampur dengan cuka sebagai satu daripada bahan ramuan dalam masakan.
"Apabila diletakkan bersama dengan nasi dan lama terperap dalam bekas makanan, maka ia dikatakan basi sedangkan tidak, kerana Pihak Kawalan Operasi Bencana (PKOB) telah menyaring bungkusan makanan tersebut terlebih dahulu," katanya.
Abdul Mukti berkata kesihatan para pelajar dan guru yang sedang dikuarantin di MRSM terbabit sentiasa terjaga dengan dipantau beberapa pegawai kesihatan selama 24 jam selain proses sanitasi turut dilakukan.
Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa sentiasa menasihati anak-anak mereka supaya bersabar sepanjang menjalani PKPD bermula 13 Mei lepas hingga 26 Mei ini sekali gus tidak menularkan perkara yang boleh membimbangkan masyarakat.
Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu DSP Zulkepli Ibrahim ketika dihubungi berkata mesyuarat penyelarasan bagi membincangkan keperluan pelajar selain isu makanan telah diadakan di Pejabat Daerah, pada 9 pagi tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu Datuk Aznel Ibrahim pula berkata beliau dijangka melakukan lawatan ke MRSM berkenaan bersama Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad, pagi esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MRSM Pengkalan Hulu
#tiada bekalan makanan
#makanan basi
#Abdul Mukti Ab Mutalib
#perintah kawalan pergerakan
#Hari Raya Aidilfitri
#rutin pemantauan kebajikan harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan