Laluan Pertama Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT-1), Sungai Buloh-Kajang (SBK) antara tiga jaringan laluan rel bandar, akan beroperasi sepenuhnya dengan pembukaan fasa kedua laluan Semantan-Kajang minggu depan.
Laluan Semantan-Kajang akan melengkapkan Laluan SBK sepanjang 51km dengan melalui kawasan berpopulasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi popular pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni.
Fasa pertama laluan Sungai Buloh-Semantan, yang mempunyai 12 stesen mula beroperasi pada 16 Dis lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan Laluan Semantan-Kajang, 17 Julai ini.
Menurut Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pihak Berkepentingan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah, fasa kedua Laluan SBK sejauh 30km itu, mempunyai 19 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah dengan majoriti stesen dibina di kawasan strategik yang tidak ada perkhidmatan rel bandar.
Daripada jumlah stesen itu, 14 stesen terletak di kawasan strategik dan berpopulasi tinggi bagi memudahkan orang awam berulang-alik ke pusat bandar, katanya kepada Bernama di sini.
Stesen berkenaan ialah Muzium Negara, Tun Razak Exchange Centre, Cochrane, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Connaught, Taman Mutiara, Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 11, Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih and Merdeka.
Beliau berkata stesen MRT juga dibina bagi mengintegrasikan dengan stesen Komunter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan stesen Monorel bagi meningkatkan kemudahan kesalinghubungan perjalanan untuk pengguna.
Misalnya, kata Najmuddin, pembinaan laluan pejalan kaki menghubungkan Stesen MRT Muzium Negara dengan KL Sentral adalah bagi tujuan menginterasikan perkhidmatan pengangkutan di pusat bandar.
"Kesalinghubungan dengan perkhidmatan pengangkutan lain adalah amat penting bagi pengguna dan setiap stesen MRT memainkan peranan penting antara satu sama lain,"katanya,
Projek Laluan Pertama MRT Sungai Buloh-Kajang, dengan kos RM23 bilion, mula dibina pada 8 Julai 2011, dan akan memberi perkhidmatan di sepanjang koridor yang mempunyai 1.2 juta penduduk.
Setiap set tren untuk laluan berkenaan mempunyai empat gerabak, membolehkan kapasiti sebanyak 1,200 penumpang dengan kekerapan 3.5 minit di antara setiap tren dan dianggarkan bilangan penumpang harian kira-kira 430,000 orang.
Laluan MRT Kedua (MRT-2) melibatkan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP), sepanjang 52.5km, dijangka siap pada suku kedua 2022 manakala laluan terakhir, MRT-3, melibatkan kawasan pusat bandar masih di peringkat perancangan dan pembangunan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2017
Najmuddin berkata pembinaan laluan pejalan kaki menghubungkan Stesen MRT Muzium Negara dengan KL Sentral adalah bagi tujuan menginterasikan perkhidmatan pengangkutan di pusat bandar. - fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tambang fasa pertama MRT dikenakan mulai esok
Perkhidmatan Transit Aliran Massa Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) akan mula mengenakan tambang kepada pengguna esok.