Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) menyatakan tiada pengawasan yang mencukupi antara faktor yang membawa kepada keruntuhan blok landasan projek MRT di Kota Damansara, dekat sini, bulan lepas.
Dalam kejadian 18 Ogos itu, tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh yang bekerja di atas span jejambat landasan maut akibat dihempap landasan konkrit itu.
Dalam laporan yang dikeluarkan di sini hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata siasatan mendapati kekurangan kepipis telah menyebabkan landasan itu mempunyai kestabilan terhad dan oleh itu apabila parapet dipasang pada sebelah bahagian jejambat, ia mengakibatkan landasan jejambat itu runtuh.
"Jejambat itu tidak dipasang dengan galas yang kekal. Ia masih disokong pada bicu sementara. Tanpa kepipis menyokong jejambat itu manakala dengan bicu sementara, landasan jejambat itu tidak stabil.
"Ia akhirnya runtuh apabila bebanan mula berlaku pada satu bahagian apabila parapet dipasang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kepipis adalah kotak logam yang diisi dengan turap yang kemudian diletakkan pada pangkal tiang untuk menyokong jejambat ketika ia diletakkan di atas bicu sementara semasa proses pembinaan.
Sekiranya kepipis telah digunakan, Azhar berkata landasan jejambat itu tidak mungkin runtuh walaupun parapet dipasang di satu bahagian sahaja.
Siasatan terhadap kejadian itu dilakukan oleh MRT Corp dan MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd, sebagai rakan penyampaian projek.
Laporan itu mendapati beberapa faktor lain yang menyebabkan jejambat itu runtuh termasuk kekurangan kaedah membina parapet ke atas jejambat untuk trek tunggal.
Faktor lain ialah kegagalan mengenal pasti risiko dan pelaksanaan langkah mitigasi, gagal menyediakan pemeriksaan menyeluruh, dan pelan ujian, kegagalan berkomunikasi faktor risiko antara pelbagai pihak yang terlibat dalam kerja-kerja, dan pengurusan lemah kontraktor kecil.
Azhar berkata laporan itu telah mengenal pasti kakitangan dan organisasi iaitu MMC Gamuda KVMRT dan Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd, iaitu kontraktor utama Pakej V1 dan kontraktor mereka supaya bertanggungjawab di atas kejadian itu.
"Sebarang tindakan guaman terhadap mereka yang didapati bertanggungjawab hanya boleh diambil oleh kerajaan berdasarkan siasatan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (DOSH).
"Saya percaya hasil dapatan DOSH daripada siasatan mereka akan sama dengan hasil siasatan kami," katanya.
Selain tindakan oleh DOSH, beliau berkata MRT Corp juga akan melaksanakan beberapa langkah termasuk memecat individu-individu yang didapati telah bertanggungjawab atas kejadian itu serta menyenarai hitam kontraktor dan perunding daripada projek-projek masa depan.
Langkah-langkah lain termasuk menyemak semula kenyataan dan aliran proses kerja serta mengkaji keberkesanan Unit Penguatkuasaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar.
Dalam kejadian pukul 8.30 malam di tapak Projek MRT Pakej V1 dalam kawasan bekas tapak Institut Penyelidikan Getah Malaysia dekat Kota Damansara, tiga pekerja Bangladesh -- Mohammad Alauddin Mollik, Mohammed Faruk Khan dan Mohammad Elahi Hossain -- terbunuh.
Berikutan kejadian itu, Azhar telah mengumumkan peletakan jawatannya tetapi ia ditolak oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Bernama
Sat Sep 20 2014
MRT dedah hasil siasatan kejadian runtuh landasan MRT di Kota Damansara
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).
PM Anwar dijadual ke Dhaka untuk tingkatkan hubungan dengan Bangladesh
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan singkat ke Bangladesh pada 4 Okt.
Bangladesh hantar bantahan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri India
Kementerian Luar Bangladesh mengemukakan bantahan keras terhadap kenyataan Shah yang disifatkan sebagai "sangat tidak dapat diterima".
Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan dua warganegara Malaysia dibebaskan berikutan perintah Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman kerana menyeludup emas ke Bangladesh.