KUALA LUMPUR: Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Berkapasiti Tinggi 3 (MRT3) adalah laluan amat penting untuk melengkapkan Rangkaian Transit Bersepadu Lembah Klang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata keseluruhan jajaran MRT3 yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2030 itu akan meningkatkan kesalinghubungan melalui 10 stesen pertukaran dengan lapan laluan rel transit sedia ada.
Menurutnya, MRT3 juga akan memperluas rangkaian liputan pengangkutan awam di Lembah Klang dan akan memberi akses ke rel transit bagi komuniti yang pada masa ini tidak atau kurang mendapat perkhidmatan pengangkutan awam.
"Sebagai contoh kesalinghubungan baik adalah di Stesen Titiwangsa, yang menjadi hab pengangkutan awam efisien. Apa yang menarik adalah stesen ini akan menjadi stesen pertukaran untuk lima laluan rel transit iaitu MRT3, MRT Putrajaya, LRT Ampang, LRT Sri Petaling dan Monorel KL.
"Sebuah hab pengangkutan bas bandar juga akan dibina di Titiwangsa dan ini meningkatkan lagi kesalinghubungan pelbagai mod pengangkutan untuk kemudahan pengguna," katanya pada sidang media MRT3 di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim.
Terdahulu, di Dewan Rakyat hari ini, Wee berkata MRT3 adalah sebuah lingkaran sepanjang 51 kilometer (km) dengan 39km terletak di Kuala Lumpur dan 12km di Selangor serta merentasi rangkaian rel sedia ada.
Mesyuarat jemaah menteri pada 4 Mac lepas meluluskan pelaksanaan projek MRT3 yang bertujuan melengkapkan infrastruktur pengangkutan awam sedia ada di Lembah Klang, dengan menyediakan perkhidmatan bersepadu, mampu bayar dan lancar untuk Keluarga Malaysia.
Projek MRT3 sebelum ini ditangguhkan di bawah kerajaan Pakatan Harapan sebelum Kabinet di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk meneruskan projek itu tahun lepas.
Mengulas lanjut, Wee berkata projek MRT3 akan dilaksanakan dengan kaedah turnkey contract dengan empat pakej turnkey contract dianugerahkan untuk kerja pembinaan, dua pakej kerja bertingkat, satu pakej kerja bawah tanah dan satu pakej kerja sistem.
"Aktiviti pembinaan akan dipantau secara langsung oleh MRT Corp sebagai pemaju projek dan dibantu oleh Perunding Pengurusan Projek (PMC)," katanya sambil menambah proses tender bermula Mei ini dan tender kerja pembinaan dijangka dapat dianugerahkan pada suku keempat tahun ini.
Sementara itu, Mohd Zarif berkata kos pembinaan MRT3 dianggarkan sama dengan Laluan MRT Putrajaya iaitu sekitar RM31 bilion dan kos pembinaan sebenar hanya dapat diketahui selepas tender terbuka selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022
Keseluruhan jajaran MRT3 itu akan meningkatkan kesalinghubungan melalui 10 stesen pertukaran dengan lapan laluan rel transit sedia ada. - Bernama
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
Proses tender terbuka untuk MRT3 berjalan lancar - MRT Corp
Pelaksanaan tender terbuka ini bertujuan untuk menarik bida yang paling kompetitif.
Cadangan awal laluan MRT3 tidak masuk akal - Maria Chin
Projek MRT3 dimansuhkan oleh kerajaan PH namun disambung semula apabila kerajaan PN bersetuju untuk meneruskan projek berkenaan.
MRT Corp akan mulakan proses tender laluan lingkaran MRT3 pada Mei 2022
Ini merupakan tender pertama yang ditawarkan untuk pembinaan Laluan Lingkaran MRT sepanjang 51 kilometer yang mendapat kebenaran kerajaan pada 4 Mac 2022.
MRT3 dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2030
Laluan itu dirancang untuk beroperasi secara berfasa dengan fasa pertama akan dibuka seawal Disember 2028 tertakluk kepada proses pengambilan tanah.
Pastikan projek ECRL, MRT3 tidak timbulkan bencana alam yang lebih teruk - Sultan Sharafuddin
Pelbagai perkara perlu diambil kira terutamanya kesan ke atas impak sosial dan alam sekitar yang perlu dipelihara serta tidak menjejaskan kesejahteraan generasi akan datang.
Model pembiayaan hibrid kini cabaran bagi pelaksanaan MRT3
CGS-CIMB Securities Sdn Bhd berkata tumpuan sekarang beralih kepada pelaksanaan dan kejayaan model pembiayaan hibrid, memandangkan kekangan fiskal kerajaan.
Harga bahan pembinaan dijangka lonjakkan kos MRT3 lebih tinggi
Kos akhir bagi MRT3 mungkin lebih tinggi berbanding MRT2 kerana merangkumi bahagian bawah tanah yang lebih besar.
Kerajaan luluskan projek pembinaan MRT3
Projek MRT3 sebelum ini digantung oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.
MRT Corp sasar dana swasta biaya 10-30 peratus projek MRT3
Mass Rapid Transport Corp Sdn Bhd (MRT Corp) menyasarkan suntikan dana swasta bagi membiayai 10-30 peratus daripada keseluruhan projek Laluan Lingkaran Aliran Transit Massa 3 (MRT3).