awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

M'sia kongsi pengalaman dengan Arab Saudi laksana program deradikalisasi - TPM

Bernama
Bernama
13/10/2016
01:17 MYT
M'sia kongsi pengalaman dengan Arab Saudi laksana program deradikalisasi - TPM
Ahmad Zahid dijangka diberi taklimat berhubung inisiatif Arab Saudi dalam memerangi keganasan dan program deradikalisasi bagi golongan ekstremis semasa melawat pusat berkenaan. - fotoBERNAMA / Fail
Malaysia sedia berkongsi pengalaman dan mencontohi Arab Saudi berkaitan pelaksanaan program deradikalisasi dalam usaha memerangi keganasan serta proses pemulihan terhadap golongan ekstremis, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata perkara itu akan dibincangkan dengan lebih terperinci dengan pihak berkaitan di negara itu, bersempena lawatan rasminya ke negara berkenaan.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Malaysia boleh memanfaatkan pengalaman Arab Saudi dalam melaksanakan program deradikalisasi berikutan kedudukan negara itu berhampiran dengan negara-negara yang sering dikaitkan dengan keganasan dan militan.
"Saya akan belajar dan berkongsi pengalaman dalam soal program deradikalisasi terhadap masalah keganasan dalam kalangan negara-negara sumber dan negara-negara di Asia Barat (yang sering dikaitkan dengan keganasan dan militan).
"Pengalaman Malaysia boleh dikongsi, dan kita juga mungkin mendapatkan pengalaman (daripada Arab Saudi) bagaimana soal pemulihan dapat dilakukan dalam program deradikalisasi.
"Insya-Allah saya akan berbincang dengan lebih mendalam dengan pihak berwajib di negara ini," katanya kepada wartawan Malaysia sebaik tiba di sini, Rabu malam, bagi lawatan rasmi lima hari di Arab Saudi.
Timbalan perdana menteri dijadual melawat Pusat Kaunseling dan Penjagaan Mohammad Bin Naif di sini, Khamis.
Ahmad Zahid dijangka diberi taklimat berhubung inisiatif Arab Saudi dalam memerangi keganasan dan program deradikalisasi bagi golongan ekstremis semasa melawat pusat berkenaan. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#contohi Arab Saudi
#Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
#ekstremis
#keganasan
#Malaysia kongsi pengalaman
#pemulihan
#program deradikalisasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan