KUALA LUMPUR: Dalam meneroka pelaburan teknologi baharu dan ekosistem 'deep tech', Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) hari ini melancarkan Persidangan dan Pameran Teknologi MTDC Malaysia (MTCE 2023).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang memberitahu, persidangan itu selari dengan hasrat kerajaan dalam menekan kepentingan peranan teknologi serta memacu kemampanan dan pelaburan bermanfaat di Malaysia.
Justeru, beliau yakin MTDC turut memperjuangkan rangka kerja dalam usaha memacu pembangunan teknologi bagi membantu semua saiz perniagaan termasuk perniagaan kecil dan sederhana (PKS).
"Dengan perkembangan inovasi semasa, kebanyakan perniagaan mula beralih daripada menangani isu-isu alam sekitar dan proses ini membawa kepada kemunculan industri berasaskan teknologi baharu yang mempunyai potensi besar dalam 'deep tech'.
"Namun MTDC menerusi dana pemula membantu membiayai syarikat-syarikat 'deep tech' tempatan seperti Nitium Technology Sdn Bhd, 3D Gens Sdn Bhd, WISE AI Sdn Bhd, dan Biogenes Technologies Sdn Bhd.
"Selain itu, MTDC juga memperluaskan komitmennya untuk memupuk inovasi teknologi mendalam dengan bekerjasama dengan Real Tech Holdings dalam rangkaian memorandum persefahaman (MoU), bertujuan membantu syarikat-syarikat deep tech di seluruh ASEAN," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan MTCE 2023, di sini, pada Selasa.
MTCE 2023 yang bertemakan Investment For Impact: Technology Driving Sustainability merupakan platform terbaik kepada peserta dari pelbagai industri untuk berkongsi pandangan dan informasi berkaitan teknologi dan kelestarian sebagai pemacu utama pembangunan sosial dan ekonomi.
MTCE 2023 juga bertujuan berkongsi maklumat dan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan MTDC.
Sepanjang persidangan itu, peserta berpeluang untuk meneroka pelbagai solusi industri 4.0, teknologi canggih dan perkhidmatan dari pelbagai syarikat.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Mohammad Hazani Hassan berkata, kadar kemajuan teknologi global dan pelaburan deep tech yang semakin bertambah turut dapat dilihat di Malaysia dengan peningkatan pelaburan dalam sektor itu.
"Sebahagian daripada fokus kami di MTDC adalah untuk membantu sektor 'deep tech' dan modal teroka dalam mendapat manfaat penuh selaras dengan perkembangan teknologi Malaysia," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Tue Sep 26 2023

Chang Lih Kang (tiga, kanan) ketika melancarkan Persidangan dan Pameran Teknologi MTDC Malaysia (MTCE 2023). -Foto MTDC

EPL: Gary Neville dedah 'bosan' tonton perlawanan Manchester United
United mungkin hanya tewas dengan satu gol, namun lawan mereka menguasai permainan hampir sepanjang 90 minit.

Isu tenaga, bahan api fosil fokus COP28 pada Selasa
Pemerhati menilai dengan teliti kesungguhan UAE meletakkan agenda mengurangkan bahan api fosil dalam dokumen akhir COP28.

Israel serbu rumah imam Masjid Al-Aqsa, larang lakukan perjalanan
Pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.

Wai Ching berjaya takluk Menara Canton di Guangzhou
Pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara dalam masa 14 minit 23 saat.

Setahun Kerajaan Madani: Malaysia kembali ke landasan betul di peringkat serantau, antarabangsa - Zambry
Malaysia dilihat sebagai sebuah negara dihormati khususnya apabila diundang baru-baru ini menghadiri dua mesyuarat penting PBB.

Abang Johari di COP 28, Dubai untuk ketengah projek hijau Sarawak
Beliau dijadual menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman antara InvestSarawak dan Surbana Jurong Pte Ltd.
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat [LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701638608_TBPALESTINE.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat
Hospital di Gaza telah menerima berpuluh-puluh mayat ketika serangan udara Israel diteruskan pada hari keempat selepas gencatan senjata.

Ringgit dijangka catat prestasi lebih baik berbanding dolar AS pada 2024
Mata wang serantau termasuk ringgit dijangka mencatat prestasi yang lebih baik berbanding dolar AS pada tahun akan datang.

Karnival Barangan Malaysia pada 13 hingga 17 Disember
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan Karnival Barangan Malaysia 2023 pada 13 hingga 17 Dis ini di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI City Mall, Putrajaya.

Kebakaran di bangunan simpan baja, racun milik Peladang
Bangunan berkeluasan 40x70 kaki persegi itu terbakar kira-kira 30 peratus di tingkat bawah yang menyimpan baja dan racun.

MOSTI bentang kerangka penuh kod etika AI suku pertama 2024 - Chang
MOSTI dijangka membentangkan kerangka penuh berkaitan kod etika kecerdasan buatan (AI) pada suku pertama tahun depan.

MySains permudah cara usaha promosi STI - Chang
MySains ditubuhkan sebagai satu kerjasama berpusat dalam kalangan institusi pembelajaran sains bukan formal yang bertindak sebagai pemudah cara dalam usaha mempromosikan STI.

MOSTI lancar Agenda Force For Good di bawah MRANTI, komitmen melindungi alam sekitar - Lih Kang
Inisiatif itu melibatkan empat teras utama yang selari dengan usaha kerajaan mencapai sasaran pengurangan perlepasan karbon negara.

MOSTI kenal pasti lima perspektif ekosistem teknologi
MOSTI mengenal pasti lima perspektif utama membangunkan ekosistem teknologi bahan termaju termasuk unsur nadir bumi (REE).

MOSTI lancar makmal alami kenderaan berautonomi MRANTI, selaras dasar NAP 2020
MRANTI AV XL merupakan sebuah pusat kecemerlangan kenderaan berautonomi (AV) dan Next-Generation Vehicles (NxGVs) dengan tujuan memacu pembangunan, pengujian dan pengkomersialan inovasi teknologi AV.

MOSTI peruntuk RM15.73 juta dalam teknologi nuklear, tingkat hasil pertanian
Nuklear Malaysia memperuntukkan RM15.73 juta mulai 2016 hingga tahun ini dalam usaha mempergiatkan penyelidikan dalam bidang pertanian.

MOSTI rancang promosi teknologi tanpa perparitan, ruang bawah tanah ke luar negara
Teknologi tersebut membawa manfaat kepada negara dalam bidang penggalian bawah tanah dengan lebih lestari berbanding cara konvensional.

Rangka kerja AI lindungi hak asasi manusia - Chang
Kerajaan merancang untuk menubuhkan rangka kerja yang jelas untuk melindungi hak asasi manusia dalam konteks kecerdasan buatan (AI).

Fenomena gerhana bulan separa: Ini apa yang anda perlu tahu
Gerhana akan bermula pada pukul 02.01 pagi, namun kesan gerhana masih belum kelihatan kerana terlindung oleh bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.

Kerajaan Persekutuan, negeri perkukuh kerjasama STI negara
Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas sains, teknologi dan inovasi (MEXCO-STI) mengadakan mesyuarat pertamanya pada tahun ini hari ini.