KUALA LUMPUR: Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2024 yang berlangsung dua hari di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bermula Khamis, bakal menjadi pemangkin kepada kemajuan inovasi dan teknologi di negara ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata menerusi MTE 2024, ia akan memanfaatkan potensi besar Sains, Teknologi, Inovasi dan Pendidikan (STIE) dalam menangani cabaran paling mendesak.
Beliau berkata kerjasama antara MOSTI dan Kumpulan PROTEMP (PROTEMP) dalam penganjuran ekspo itu, merupakan bukti bahawa cabaran boleh diatasi dengan kerjasama, menggunakan kekuatan kolektif, pengetahuan dan kreativiti.
"Dari perubahan iklim dan pembangunan lestari ke penjagaan kesihatan dan ekuiti digital, kami percaya bahawa jawapannya terletak pada kuasa inovasi dan usaha mendapatkan ilmu tanpa henti," katanya ketika merasmikan MTE 2024 di sini, semalam.
Ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Aminuddin Hassim.
Chang berkata MTE juga menunjukkan dedikasi dalam memupuk ekosistem inovasi bertenaga yang menghubungkan antara idea dan pihak komersial, dengan portal MyTechMart sebagai terasnya.
"MyTechMart bukan sahaja satu platform, namun penghubung idea kepada pasaran, pencipta kepada pelabur dan kajian kepada aplikasi dunia. Menerusi MyTechMart, kami menciptakan satu standard baharu bagaimana inovasi dipupuk, disokong dan dipercepatkan.
"Kerjasama ini akan memastikan idea inovasi dapat berpindah dengan mudah daripada satu cadangan kepada pasaran. Dengan berkongsikan data, kami menghilangkan kerja secara sendirian dan mewujudkan satu barisan hadapan untuk mengatasi cabaran dalam mengkomersialkan sesuatu inovasi. Ini satu langkah berani dalam menjadikan Malaysia sebuah hab global untuk teknologi dan inovasi," katanya.
Pada majlis itu juga turut berlangsung Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Asia (PSIA) 2024 yang menyaksikan pelbagai agensi dan organisasi kerajaan meraih anugerah untuk inovasi masing-masing.
Antara penerima utama Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak, yang memeng Anugerah Emas untuk inovasi Flextervation dan Sistem Pemantauan untuk Survei Pengambilan Tanah (MOSSLA) mereka, di mana kedua-dua inovasi itu turut dianugerahkan dengan anugerah khas masing-masing daripada Japan Intellectual Property Association dan The International Alliance of Innovation and Invention Associations.
Penyampaian anugerah disempurnakan Aminuddin.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Anugerah (MTE PSIA 2024) Hussein Mohd Ariff dalam ucapannya berkata landskap perkhidmatan awam di Malaysia telah mengalami transformasi yang luar biasa, mencerminkan daya tahan dan kebolehsuaian negara, sejak berlakunya pandemik COVID-19.
"Dalam tempoh hanya beberapa tahun, kami telah menyaksikan anjakan paradigma terutamanya dalam penyelamatan solusi digital yang bukan sahaja menangani masalah terdekat, tetapi juga menjadikan masyarakat lebih integrasi teknologi.
"Sektor perkhidmatan awam yang dahulunya bergantung kepada kaedah tradisional juga telah mengalami transformasi digital, daripada inisiatif e-tadbir urus kepada penyediaan perkhidmatan pendidikan dan penjagaan kesihatan dalam talian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
Aminuddin (dua, kanan) melawat pameran sempena pelancaran Ekspo Teknologi Malaysia 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur semalam. --fotoBERNAMA
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
MTE 2024 jadi pemangkin inovasi dan teknologi negara
MTE 2024 akan memanfaatkan potensi besar Sains, Teknologi, Inovasi dan Pendidikan dalam menangani cabaran paling mendesak.