awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MTL: Jambatan ditenggelami air, 200 penduduk terputus hubungan

Bernama
Bernama
26/11/2024
10:41 MYT
MTL: Jambatan ditenggelami air, 200 penduduk terputus hubungan
Jambatan itu tenggelam akibat peningkatan mendadak paras air Sungai Galas. - Foto: Orang awam via Bernama
GUA MUSANG: Kira-kira 200 penduduk Kampung Batu 6, di sini terperangkap setelah jambatan yang merupakan satu-satunya laluan ke kampung itu ditenggelami air, susulan hujan lebat sejak 6 pagi tadi.
Seorang penduduk Suzili Sulaiman, 48, berkata jambatan itu masih boleh digunakan ketika menjemput anak-anak pulang daripada sekolah tengah hari tadi, namun tidak lama selepas itu ia tenggelam akibat peningkatan mendadak paras air Sungai Galas.
"Sebuah jambatan sementara yang dibina pihak kontraktor bagi kerja-kerja pembinaan jambatan baharu yang terletak bersebelahan jambatan asal juga ditenggelami air," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demi keselamatan, para penduduk dinasihatkan tidak menggunakan jambatan berkenaan ketika ini memandangkan arus Sungai Galas cukup deras.
"Jika keadaan mendesak, kami terpaksa menggunakan laluan kereta api yang terletak di kawasan lebih tinggi untuk merentasi Sungai Galas," katanya.
Sementara itu, Sharulmizan Ishak, 35, yang memandu lori membawa muatan bitumen bagi kerja-kerja penurapan jalan di kampung itu berkata perjalanannya tergendala kerana jambatan besi terbabit tidak dapat dilalui.
"Saya hendak menyeberang kira-kira 1.30 tengah hari tadi tetapi jambatan itu telah tenggelam, pada masa yang sama hujan masih belum berhenti. Buat masa ini, saya hanya mampu berharap hujan akan reda dan paras air surut sedikit untuk menghantar muatan bitumen ke kampung berkenaan," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama untuk menuju ke Kampung Batu 6 tidak dapat diteruskan kerana jambatan berkenaan masih ditenggelami air, selain hujan lebat di kawasan sekitar.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#jambatan
#Sungai Galas
#tenggelam
#paras air
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan