awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mufti pandang serius isu Sajat, artis bangga mengaku jadi pondan

Bernama
Bernama
03/03/2021
20:49 MYT
Mufti pandang serius isu Sajat, artis bangga mengaku jadi pondan
Sajat didakwa berniat menukar agama setelah berkonflik dengan pihak jabatan agama di sebuah negeri. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) memandang serius kenyataan usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang mendakwa berniat menukar agama setelah berkonflik dengan pihak jabatan agama di sebuah negeri.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah berkata kenyataan kontroversi itu dilihat memberikan kesan yang mendalam terhadap umat Islam di negara ini.
Beliau berkata segelintir masyarakat mula berasa keliru dengan beranggapan bahawa perbuatan tersebut adalah normal serta tidak menyalahi agama, sekali gus dibimbangi akan membuka pintu-pintu keburukan yang lain.
"Sehubungan itu, pihak PMWP ingin menasihati seluruh umat Islam di negara ini supaya sentiasa memelihara maruah diri masing-masing terutamanya dengan berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum," katanya dalam kenyataan.
BACA: Sedia bincang agar Sajat kekal Islam - MAPIM
BACA: Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap Sajat
Luqman turut menzahirkan rasa bimbang terhadap pengakuan seorang artis yang mendakwa dirinya merupakan seorang transgender dan tanpa segan silu menzahirkan rasa bangga menjadi seorang pondan.
Sehubungan itu, PMWP mengingatkan umat Islam di negara ini agar menghormati Perlembagaan serta undang-undang khususnya yang berkaitan dengan jenayah syariah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sajat
#tukar agama
#Mufti Wilayah Persekutuan
#berniat menukar agama
#masyarakat keliru
#artis
#transgender
#pondan
#Bangga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan