Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin, dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, hari ini bersetuju untuk tidak lagi membuat sebarang pertikaian terbuka berhubung isu Kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan pendakwah antarabangsa, Zakir Naik, yang sebelum ini mencetuskan perdebatan hangat antara kedua-dua tokoh tersebut.
Persetujuan itu dicapai ketika kedua-dua mereka hadir dalam pertemuan 'enam mata' bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa, di pejabatnya di sini, hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira 40 minit itu, Mujahid berkata perbincangan dalam suasana mesra itu juga membawa kepada persetujuan bersama iaitu, kedua-dua tokoh bersetuju menyerahkan hal berkenaan LTTE diselesaikan oleh pihak keselamatan selain akan menyokong sebarang keputusan jemaah menteri dalam isu Zakir Naik.
"Pertemuan tadi berlangsung dalam suasana mesra, persahabatan dan tidak ada apa-apa yang boleh dianggap sebagai satu pertemuan yang terpaksa, malahan mereka berdua telah menunjukkan komitmen yang baik menjadikan perbincangan itu sebagai satu tanda aras baharu dalam menyelesaikan sebarang isu berbangkit.
"Selain mencapai kata sepakat dalam isu LTTE dan Zakir Naik, mereka juga mahu melihat satu formula lebih efektif diwujudkan selepas ini sebagai platform mengurus dan menyelesaikan konflik yang berlaku di dalam masyakat, khususnya yang melibatkan agama," katanya.
Perdebatan antara kedua-dua tokoh tercetus apabila Mohd Asri mencadangkan Ramasamy berdebat secara terbuka dengan Zakir Naik bagi menentukan siapa pengganas yang sebenar selepas Anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP itu menyarankan kerajaan Malaysia supaya menghantar pendakwah Islam itu dihantar pulang ke India bagi menghadapi dakwaan pengubahan wang haram dan mencetuskan ketegangan agama.
BACA: Dakwaan kaitan dengan LTTE, Pas gesa siasatan segera atas Ramasamy
Mohd Asri juga mendesak Ramasamy menjawab dakwaan dikaitkan dengan kumpulan militan LTTE malah turut berkongsi gambar Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perai itu yang seolah-olah memberi penghormatan kepada senapang Kalashnikov atau AK-47.
Ramasamy bagaimanapun menafikan menyokong keganasan, sebaliknya berkata gambar itu diambil pada 2015 dalam satu majlis anjuran sebuah NGO bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam konflik etnik Sri Lanka.
BACA: 'Ramasamy tak perlu letak syarat untuk debat dengan Zakir Naik'
BACA: Zakir Naik setuju debat dengan Ramasamy, dengan syarat...
Mengulas lanjut, Mujahid berkata pertemuan itu juga membawa kepada cadangan pewujudan satu platform yang boleh dijadikan saluran membincangkan isu-isu berbangkit di kalangan masyarakat tanpa perlu perbahasan terbuka yang boleh menimbulkan atau berpotensi mencetus ketegangan antara kaum dan agama.
Penyelesaian yang dilakar dalam pertemuan hari ini perlu dijadikan tanda aras kepada semua pihak yang ingin menimbulkan hak-hal sensitif membabitkan agama dan kaum bahawa setiap isu berbangkit boleh diselesaikan di meja rundingan, katanya.
Dalam pada itu, Ramasamy dan Mohd Asri berterima kasih kepada Mujahid atas inisiatif yang diambil menteri yang bertanggungjawab berkaitan hal ehwal agama Islam itu untuk menyelesaikan isu berbangkit antara mereka berdua.
Ramasamy berkata walaupun dihujani panggilan mempersoalkan keperluan untuk hadir dan berbincang, beliau memutuskan untuk tetap ke Putrajaya kerana berpegang kepada prinsip mengutamakan perbincangan sama ada ia berkaitan dengan perkara yang digemarinya atau pun sebaliknya.
"Jika tentang keharmonian, saya bersedia berbincang dengan sesiapa sahaja kerana tidak mahu rakyat diperangkap dengan isu-isu sensitif yang mungkin diambil kesempatan oleh pihak tertentu," katanya.
Mohd Asri pula berkata penyelesaian itu membolehkan kedua-dua pihak memfokuskan kepada perkara lebih besar iaitu bagaimana untuk menjadikan segenap lapisan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dan merangka satu platform bagi membincangkan perbezaan yang wujud antara kaum secara lebih terurus.
Atas sebab itu, kita meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau mana-mana organisasi kerajaan untuk mengadakan satu platform bagi membolehkan pihak yang berbeza pandangan mempunyai saluran bagi mengadakan perbincangan dan mencari penyelesaian kepada isu tersebut, katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Jul 30 2018
Mohd Asri (kiri) dan Ramasamy berterima kasih kepada Mujahid atas inisiatif yang diambil untuk menyelesaikan isu berbangkit antara mereka berdua. - Gambar fail
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Pilpres 2024: Bangunkan lebih banyak fakulti kedoktoran antara janji calon
Calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berjanji akan membangunkan 300 fakulti kedoktoran jika terpilih memegang jawatan tersebut.
Malaysia bawa suara rakyat Palestin ke Debat PBB, 23 Jan ini
Demi menunjukkan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada Palestin, Malaysia akan menghantar delegasi ke Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan PBB.
Pemilu 2024: Calon presiden Indonesia sertai debat ketiga
Ketiga-tiga calon Presiden itu mengutarakan pandangan mereka mengenai pelbagai isu semasa membabitkan pertahanan, geopolitik dan diplomasi.
Isham sahut cabaran Ahmad Zahid untuk berdebat
Menurut Isham, beliau meletakkan syarat bahawa debat itu mesti berlangsung di gelanggang yang neutral.
Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda - Fahmi
Perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara.
Lipas melekat luar tingkap kapal terbang
Rakaman kejadian luar biasa itu mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.
Syahir cadang debat isu pendidikan, Fadhlina Siddiq-Haim Hilman
Ahli Parlimen Bachok mencadangkan agenda debat berkaitan isu nasional diteruskan.
Debat Ekonomi: Syahir mohon doa ke Angkasapuri
Budak PASTI ini tidak pernah terfikir suatu hari nanti dia akan berdebat dengan seorang menteri.
PRN: Adam Adli tolak pelawaan debat Syed Saddiq, Ahmad Fadhli terima
Ahmad Fadhli Shaari menerima sahutan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk berdebat mengenai hala tuju anak muda.
PRN: Syed Saddiq ajak Adam Adli, Fadhli Shaari debat hala tuju anak muda
Jelas Ahli Parlimen Muar itu, cadangan debat berkenaan bukan bertujuan memalukan atau membunuh karakter individu tertentu.