awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mufti Perlis gesa Harimau Malaysia tarik diri Piala AFF Suzuki 2016

Bernama
Bernama
23/11/2016
06:38 MYT
Mufti Perlis gesa Harimau Malaysia tarik diri Piala AFF Suzuki 2016
Mohd Asri berkata tindakan menarik diri daripada sukan berprestij itu adalah perlu sebagai mencerminkan pendirian Malaysia. -Gambar fail
Pasukan bola sepak negara, Harimau Malaysia digesa menarik diri daripada perlawanan Piala AFF Suzuki 2016 yang sedang berlangsung di Myanmar atas dasar prihatin dan solidariti mengecam kezaliman terhadap penduduk Rohingya.
Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata tindakan menarik diri daripada sukan berprestij itu adalah perlu sebagai mencerminkan pendirian Malaysia, negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, membantah kekejaman yang berlaku.
Mohd Asri berkata segala bentuk kekejaman atau jenayah penindasan manusia harus dibantah dan kerajaan diminta supaya mengambil kira hal ini daripada sudut kemanusiaan melebihi semangat kesukanan.
"Apalah ertinya sukan tanpa kemanusiaan. Kezaliman dahsyat terhadap golongan etnik beragama Islam di Myanmar sedang berlaku.
"Wanita, kanak-kanak dan orang awam dibunuh, dirogol, dibakar hidup-hidup oleh kuasa pemerintah negara berkenaan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Media melaporkan beribu-ribu penduduk Rohingya di Myanmar meninggalkan kampung halaman mereka bagi mengelak menjadi mangsa kekejaman yang didakwa melibatkan tentera negara itu. --BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asri Zainul Abidin
#bola sepak negara
#Harimau Malaysia
#maza
#menarik diri
#Myanmar
#piala aff suzuki 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan