GEORGE TOWN: Pemimpin yang menyentuh isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) perlu bersedia menghadapi tindakan tegas daripada pihak berkuasa termasuk dari segi undang-undang.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pemimpin sedemikian terutamanya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor perlu bersedia berdepan kesan dan akibat daripada kelancangan ucapan beliau yang terus menyentuh isu 3R.
"Menteri Besar Kedah telah terlajak jauh dalam erti kata lain bukan sahaja berlaku kelantangan malah berupa nada penghinaan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam ucapannya baru-baru ini dan perkataan berunsur penghinaan kepada lawan politik, mempersendakan tubuh badan, ini bukan sebagai pemimpin parti Islam.
Pihak pasukan polis iaitu Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) telah memaklumkan kepada saya berdasarkan aduan-aduan diterima yang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan setakat ini 30 laporan polis diterima terhadap Muhammad Sanusi," katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penyerahan Zakat Wakalah, di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, di sini malam tadi.
Beliau berkata laporan berkenaan melibatkan beberapa kes termasuk penghinaan terhadap Sultan Selangor dan pihak USTJ ada masa tujuh hari untuk menyelesaikan satu-satu siasatan 3R itu sebelum diserahkan kepada Peguam Negara.
Saifuddin Nasution berkata peringatan tegas telah diberikan berulang kali sama ada oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain supaya isu berkenaan 3R itu tidak wajar sama sekali disentuh tetapi Menteri Besar Kedah itu masih memainkan isu berkenaan yang disifatkan beliau sudah sampai ke tahap yang berbahaya.
Katanya dalam politik boleh berbeza pendapat dan aliran tetapi peringatan sudah diberi berulang kali sama ada oleh Perdana Menteri atau Ketua Polis Negara yang mana soal 3R tidak boleh dimainkan atau disentuh.
"Laporan akhir (kes terkini berkaitan isu 3R melibatkan Muhammad Sanusi) menjadi signifikan perlunya tindakan tegas diambil, jika tidak kesannya sangat besar. Tidak ada lagi rasa hormat kepada Institusi Raja-Raja Melayu seperti mana peranan mereka diiktiraf di dalam Perlembagaan.
Institusi Raja-Raja Melayu ini dihina oleh orang Melayu sendiri, ini sudah sampai ke tahap yang berbahaya kerana sekarang ini kita tengok kesan yang besar apabila pemimpin politik memainkan isu 3R, tiada lagi rasa hormat pada Institusi Raja-Raja Melayu yang sangat dihormati, sebagaimana yang diiktiraf dalam perlembagaan negara," katanya.
Saifuddin Nasution berkata beliau percaya sebahagian besar rakyat tidak senang dengan sikap sesetengah pihak yang menyentuh mengenai isu 3R.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya meletakkan kepercayaan penuh kepada kebijaksanaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diterajui Razarudin untuk mengambil tindakan yang sesuai dengan undang-undang negara dalam mendepani cabaran termasuk menguruskan isu berkaitan 3R.
"Saya tahu cabaran pasukan keselamatan ini semakin berat dengan tugas hakiki KDN (Kementerian Dalam Negeri) iaitu dalam soal memastikan keselamatan negara. Sebab itu, saya sentiasa memberi dukungan yang kuat dan meletakkan kepercayaan dan keyakinan terhadap kebijaksanaan yang ada pada teraju utama iaitu Ketua Polis Negara dan seluruh pimpinan utama (dalam menangani isu berkaitan 3R)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor perlu bersedia berdepan kesan dan akibat daripada kelancangan ucapan beliau yang terus menyentuh isu 3R. - Foto fail/Astro AWANI
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Kerosakan jalan, cerun dianggar bernilai RM312.1 juta
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, kerosakan jalan raya dan cerun akibat banjir susulan gelombang Monsun Timur Laut (MTL) di seluruh negara dianggarkan berjumlah RM312.1 juta.
Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Najib berkata adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa Raja Abdullah telah mengarahkan Kementerian Kewangan Riyadh untuk menyalurkan dana bagi pihak baginda sebagai sumbangan.
"Kamu orang Kelantan, tak tau" - YB Seri Gading
YB Seri Gading membidas YB Pasir Mas dengan sejarah di sebalik Pulau Batu Puteh.
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Muhyiddin tiba di mahkamah untuk pendakwaan kes sentuh 3R
Sesi pendengaran kes berkenaan bermula pada 9 pagi ini di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.
Isu 3R: Polis rakam keterangan Muhyiddin di MIDA esok
Polis akan merakam keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Jalan Sentral di sini pada Selasa.
Polis terima 28 laporan terhadap Muhyiddin
Polis menerima 28 laporan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi PRK Nenggiri.
Pengunaan media sosial tidak terkawal, risiko jejas nikmat perpaduan
Menjadi tanggungjawab semua untuk tidak menggunakan platform berkenaan bagi menyebarkan sebarang bentuk komen sensitif berbaur perkauman.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
123 peratus isu 3R direkod pada suku pertama 2024
Aaron Ago Dagang berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan PDRM, sebanyak 162 kes dicatatkan di seluruh negara yang melibatkan pergaduhan antara kaum.
Jangan taksub guna media sosial hingga sebar maklumat palsu berkaitan 3R
Orang ramai diingatkan supaya berfikiran rasional dan tidak terlalu taksub ketika menggunakan media sosial terutama maklumat berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi diraja).
Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R
Mohd Shuhaily menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.