awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhamad Zamani dilantik Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang baharu

Bernama
Bernama
15/08/2023
15:09 MYT
Muhamad Zamani dilantik Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang baharu
Pelantikan Muhamad Zamani adalah bagi menggantikan Datuk Nor Yahati Awang yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IIM pada tarikh sama. - Gambar FB Parlimen Malaysia
KUALA LUMPUR: Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan Kementerian Pertahanan Datuk Muhamad Zamani Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang baharu berkuat kuasa semalam.
Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Muhamad Zamani adalah bagi menggantikan Datuk Nor Yahati Awang yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) pada tarikh sama.
Kenyataan itu memaklumkan penyerahan watikah penempatan disempurnakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Dr Zulkapli Mohamed dalam majlis ringkas di Pejabat KPPA di Putrajaya semalam.
"Seluruh warga Parlimen Malaysia merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada Datuk Muhamad Zamani atas pelantikan ini.
"Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Datuk Nor Yahati Awang atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat di Parlimen Malaysia mulai 4 Jan 2021 hingga 13 Ogos 2023," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IIM
#Parlimen Malaysia
#ucapan tahniah
#Pejabat KPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan