awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
Perarakan Tanglung kembali ke Labuan selepas berehat lebih sedekad, tarik ribuan pengunjung
Penilaian pasaran tingkat unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.5-5.0 peratus tahun ini - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Darwisy ada masalah jantung sejak lahir - Baddrol Bakhtiar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/03/2025
02:05 MYT
Muhammad Darwisy ada masalah jantung sejak lahir - Baddrol Bakhtiar
Baddrol Bakhtiar (kanan) mengaminkan bacaan doa sambil memangku jenazah anak bongsunya, Muhammad Darwisy di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, untuk dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Taman Kelisa Ria untuk dikebumikan.
SUNGAI PETANI: Pemergian Muhammad Darwisy iaitu anak bongsu kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar ke rahmahtullah awal pagi tadi ada kaitan dengan masalah jantungnya yang dihadapinya sejak lahir.
Perkara itu dikongsi Baddrol yang memberitahu, bayinya yang berusia 12 bulan itu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Resort Homes Cinta Sayang, di sini, sekitar jam 3.15 pagi tadi.
Baddrol yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) berkata, pemergian Muhammad Darwisy disedari isterinya, Nur Izyan Mustafa Khalid, ketika mahu memberi susu kepada anak bongsu kembar itu.
"Isteri saya terkejut mendapati mukanya berubah dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Saya kemudian menghubungi ambulans sebelum disahkan anak sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba selepas itu," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSAH.
Muhammad Darwisy merupakan kembar kepada Dhiya Dinara.
Selesai urusan jenazah di HSAH, jenazah Allahyarham Muhammad Darwisy dibawa ke Masjid Al-Muttaqin Taman Ria untuk disolatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Taman Kelisa Ria untuk dikebumikan.
Selain Allahyarham Muhammad Darwisy dan kembarnya, Dhiya Dinara, Baddrol dan isterinya juga mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Dhia Daniya, 4, dan Dhia Delisha, 9.
Sebelum terjun dalam gelanggang politik, Baddrol merupakan lagenda bola sepak Kedah dan pernah mewakili negara di peringkat kebangsaan.
Topic Berkaitan
#Baddrol Bakhtiar
#anak bongsu Baddrol Bakhtiar
#meninggal dunia
#Muhammad Darwisy
#ADUN Gurun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan