Selepas membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan kejuaraan Liga Super bagi musim keenam berturut-turut, pemain sayap Muhammad Safawi Rasid mengintai peluang untuk meraih trofi Piala Malaysia bersama pasukan berkenaan.
Pemain kebangsaan itu yang pernah menjulang trofi Piala Malaysia bersama JDT pada 2017 berkata, rakan sepasukan berada dalam prestasi terbaik dan menyasarkan untuk meraih kemenangan dalam kesemua enam perlawanan peringkat kumpulan.
"Bagi kami, setiap perlawanan diibaratkan sebagai final dan kami tidak akan mengambil mudah. Saya sering mengingatkan diri bahawa bola itu bulat, apa sahaja boleh terjadi kerana pengakhirannya adalah menang atau kalah sahaja.
"Oleh itu kami perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran tidak kira siapa jua pasukan lawan," jelas Muhammad Safawi menerusi posting terbaharu dalam laman Facebook JDT, hari ini.
Dalam pada itu, Muhammad Safawi, 22 mengakui pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi tunjang kekuatan skuad Harimau Selatan dalam meraih pelbagai kejuaraan selama ini.
"DYAM Tunku Mahkota Johor juga sentiasa memberi semangat kepada kami untuk melakukan sesuatu yang terbaik sama ada di dalam atau di luar padang," kata Muhammad Safawi.
JDT yang diundi dalam kumpulan B Piala Malaysia akan memulakan saingan dengan melayan kunjungan pasukan Liga Premier, UiTM FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.
Untuk rekod, JDT muncul juara Piala Malaysia buat julung kalinya pada 2017 selepas mengalahkan Kedah 2-0 pada aksi final di Stadium Shah Alam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 02 2019
Pemain Pahang, Norshahrul Idlan Talaha (kanan) merampas bola dari Muhammad Safawi pada perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunus Larkin, 14 Mei, 2019. -- fotoBERNAMA/Fail
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Lima pemain Vietnam ditangkap salah guna dadah
Kelab itu difahamkan bakal menamatkan kontrak pemain yang terlibat dalam ke penyalahgunaan dadah itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.