KUALA LUMPUR: Siswa jurusan Teknologi Reka Bentuk Grafik dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Nibong Tebal, Pulau Pinang dipilih mewakili Malaysia ke Adobe World Championship 2024 di California, Amerika Syarikat pada 28 hingga 31 Julai ini.
Muhammad Salman Jun Azmi, 21, dinobatkan juara antara 30 peserta akhir Kejohanan Kebangsaan CCC Adobe Certified Professional (ACP) Championship Malaysia 2024 pada Mei lepas.
Adobe World Championship 2024 adalah pertandingan menguji kemahiran reka bentuk pelajar menggunakan Adobe Photoshop, Illustrator dan InDesign, terbuka kepada semua institusi pengajiang tinggi (IPT), institut kemahiran, sekolah menengah, kolej dan politeknik.
Pertandingan anjuran CCC merupakan platform pelajar yang mengambil jurusan Seni dan Reka Bentuk untuk mempamerkan hasil kerja mereka pada skala lebih luas, sambil membuka peluang kepada mereka mendapatkan pekerjaan kelak.
Sementara itu, Muhammad Salman yang teruja mendapat peluang bertanding dengan barisan pereka grafik antarabangsa berkata dia memerlukan latihan secukupnya sebagai persediaan ke kejohanan itu.
"Setakat ini, saya mahu dapatkan latihan secukupnya," katanya ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV, hari ini.
Pengajar Bahagian Teknologi Reka Bentuk Grafik, ILP Nibong Tebal Hasfuat Abdul Rahman berkata Muhammad Salman telah menunjukkan minat dalam rekaan grafik sejak peringkat awal memasuki institusi pengajian itu.
"Minat yang mendalam dalam rekaan grafik membuatkan Salman bersungguh-sungguh berlatih dan mendalami teknik yang sukar," katanya.
Hasfuat berkata persiapan untuk ke Amerika Syarikat berjalan lancar dengan bantuan CCC dan AceStar Sdn Bhd.
"Kejohanan itu menawarkan hadiah utama sebanyak US$8,000 (RM37,243). Kami akan cuba yang terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
Muhammad Salman (tengah) dinobatkan juara antara 30 peserta akhir Kejohanan Kebangsaan CCC Adobe Certified Professional (ACP) Championship Malaysia 2024 pada Mei lepas. - Foto FB ACP Malaysia
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Muhammad Salman wakili Malaysia ke Adobe World Championship 2024 di California
Muhammad Salman Jun Azmi, dipilih mewakili Malaysia ke Adobe World Championship 2024 di California, Amerika Syarikat.