KUALA LUMPUR:Ramai dalam kalangan umat Islam yang menyumbang kepada keadaan salah faham terhadap agama itu sendiri, di negara ini.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, umat Islam itu sendiri ramai yang melakukan perkara atau mengeluarkan kenyataan yang tidak menurut ajaran sebenar.
Justeru, beliau mengajak seluruh umat Islam di negara ini menyertai kempen 'Sinar Untuk Malaysia' bagi membetulkan semula karakter, nilai dan moral bangsa.
"Sinar Untuk Malaysia ialah sebuah gerakan oleh rakyat, untuk rakyat yang menyayangi negara, untuk uninstall, reformat, reset dan reinstall karakter, nilai, moral bangsa Malaysia.
"Jom kita buat sama-sama sampai jadi! Demi masa depan. Tetapi kena mula dengan reset diri kita sendiri. Saya pun dahulu ya," katanya menerusi Twitter awal pagi ini.
Hussamuddin menegaskan, semua jenis salah guna kuasa dan rasuah adalah dilarang menurut Al-Quran dan merupakan jenayah kejam di sisi Allah.
"Jadi, hentikan semua ini. Ia haram dan tidak Islamik!"
Beliau juga menyeru umat Islam supaya tidak menyalahkan pihak lain, sebaliknya melakukan muhasabah diri dan reset atau betulkan diri sendiri dengan memastikan telah menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.
"Reset? Mulakan secara individu, termasuk saya juga, dengan musahabah diri sendiri dulu. Jangan sibuk tuding salah pihak lain.
"Tanya diri kita sendiri, sudah laksanakan tanggungjawab hakiki kita dengan betul? Barulah boleh reset karakter, nilai, moral bangsa dan mewujudkan Sinar Untuk Malaysia," katanya.
Mengulas lanjut, Hussamuddin berkata, beliau lantang bersuara kerana mahu memastikan kesejahteraan dan masa depan terjamin buat seluruh rakyat Malaysia.
"Jangan izinkan sistem nilai dan moral bangsa kita terus mereput," tegasnya.
Afiezy Azaman
Fri Jan 15 2021

Hussamuddin mengajak seluruh umat Islam di negara ini menyertai kempen 'Sinar Untuk Malaysia' bagi membetulkan semula karakter, nilai dan moral bangsa. - Gambar fail

Hubungan Pas, UMNO dan Bersatu ibarat 'bermadu' - SU Pas Perak
Apabila berbincang dengan Bersatu, Pas tidak burukkan UMNO. Begitu juga apabila berbincang dengan UMNO, Pas tidak memburukkan Bersatu.

AWANI Ringkas: Azmin dilantik TPM maklumat palsu | SPRM nafi jadi senjata politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

Lebih 50 tapak geologi dikaji untuk penentuan status Geopark Lembah Lenggong
Kajian sedang dilakukan sebelum pengiktirafan diberi kepada Geopark Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan kedua di Perak.

Pelajar zahir keterujaan, gembira dapat kembali ke kampus
Rata-rata pelajar yang mula hadir ke kampus menzahirkan rasa teruja dan gembira untuk menerusi sesi PdP di kampus.

COVID-19 | Program Vaksinasi Kebangsaan Miri bermula hari ini
Program Vaksinasi Kebangsaan Bahagian Miri akan bermula hari ini di enam pusat pemberian vaksin (PPV) yang telah ditetapkan. Pada Khamis sebanyak 11,700 dos tiba di Miri bagi tujuan vaksinasi melibatkan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan petugas barisan hadapan yang lain.

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Rakyat jelata di Pulau Pinang mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong agar terus menaungi masyarakat majmuk di negara ini dengan penuh iltizam, adil dan saksama. Selain itu mereka juga menzahirkan rasa syukur kerana mempunyai pemimpin negara yang sangat disayangi rakyat Malaysia dan berharap negara sentiasa aman damai di bawah naungan Tuanku Yang di-Pertuan Agong.

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Rakyat di Kedah terus mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong terus dikurniakan kesihatan yang baik terutama dalam memimpin negara kearah kecemerlangan terutama ketika tempoh sukar pandemik COVID-19. Sifat dan keterampilan dimiliki tuanku berdua yang sering berdamping rakyat, amat disenangi rakyat Malaysia.

Politik | Peranan Pas dalam menstabilkan hubungan PN-UMNO
Dengan situasi semasa membabitkan UMNO dan Bersatu, apa peranan yang boleh dimainkan Pas? Bersama dengan kita ketika ini untuk mengulas lanjut mengenai perkara ini ialah Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar.

13 motosikal, 1 kereta di ruang parkir terbakar
Kebakaran pada awal pagi itu berlaku di flat Pinang Emas, Batu Ferringhi, George Town.
![[TERKINI] SPRM nafi tohmahan dijadikan senjata politik [TERKINI] SPRM nafi tohmahan dijadikan senjata politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893976/42418329621615011825021_640x360.jpg)
[TERKINI] SPRM nafi tohmahan dijadikan senjata politik
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan kenyataan Pakatan Harapan yang mendakwa SPRM dijadikan sebagai 'senjata politik' dalam melaksanakan tindakannya. Dalam satu kenyataan media, SPRM menegaskan mereka adalah agensi penyiasatan yang bebas.

Muhasabah diri, jangan menyumbang kepada salah faham terhadap Islam - Hussamuddin
Menurutnya, umat Islam itu sendiri ramai yang melakukan perkara atau mengeluarkan kenyataan yang tidak menurut ajaran sebenar.