awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin kecam pendakwaan terhadap Hilman, sifatkan ia sebagai 'hipokrasi'

Khalis Khadir
Khalis Khadir
19/08/2025
13:53 MYT
Muhyiddin kecam pendakwaan terhadap Hilman, sifatkan ia sebagai 'hipokrasi'
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam tindakan pendakwaan ke atas Ketua Pemuda Bersatu, Hilman Idham berhubung ucapannya membantah Akta Hasutan dalam sebuah perhimpunan, bulan lalu. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam tindakan pendakwaan ke atas Ketua Pemuda Bersatu, Hilman Idham berhubung ucapannya membantah Akta Hasutan dalam sebuah perhimpunan, bulan lalu.

Ringkasan AI
  • Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam pendakwaan ke atas Ketua Pemuda Bersatu, Hilman Idham berhubung ucapan bantahan terhadap Akta Hasutan.
  • Muhyiddin mendakwa kerajaan hipokrit kerana pernah berjanji menghapuskan akta itu tetapi kini mendakwa pengkritiknya.
  • Hilman, ADUN Gombak Setia, akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kenyataan yang didakwa menimbulkan kegusaran awam.

Muhyiddin mendakwa, sebagai pemimpin sayap yang mewakili suara anak muda, Hilman berhak mengkritik dan menyuarakan pandangan terhadap akta berkenaan.
“Pakatan Harapan berjanji menghapuskan Akta Hasutan. Kini apabila berkuasa, bukan sahaja Akta Hasutan tidak dihapuskan, malah mendakwa orang yang membantah akta tersebut.
“Inilah hipokrasi yang paling nyata. Bukan sahaja kebebasan bersuara tidak lagi dilindungi, malah undang-undang yang dahulunya dikatakan zalim kini dilindungi oleh undang-undang,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Rentetan itu, Muhyiddin mendoakan agar Hilman bersama kepimpinan Armada terus cekal menghadapi ujian ini.
Hilman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia akan didakwa jam 9 pagi pada Rabu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di bawah Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan kegusaran awam.
Dalam ucapannya ketika perhimpunan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 29 Julai lalu, Hilman membidas penahanan beberapa ahli parti politik, dipercayai berkaitan himpunan ditunjangi Pas beberapa hari sebelum itu.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Hilman Idham
#akta hasutan
#pendakwaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan