KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kenyataan beliau bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memintanya untuk campur tangan dalam kes jenayah bekas Timbalan Perdana Menteri itu di mahkamah adalah benar dan bukan memfitnah.
Muhyiddin, 74, dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 9 Mei, mendakwa, kenyataan yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di Mersing di pekarangan Pusat Pembelajaran Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3 pada 16 Feb lepas sebahagian besarnya dijustifikasikan sebagai benar dan merupakan komen adil serta berkepentingan awam.
Menurut Muhyiddin, beliau juga tidak mempunyai kawalan dan tidak bertanggungjawab atas penerbitan kenyataan itu yang dibuat oleh Astro Awani di akaun YouTube serta KiniTV, Malaysiakini, Utusan Malaysia atau mana-mana portal berita dalam talian lain.
"Saya menyatakan bahawa tiada sebarang niat jahat daripada pihak saya dalam menerbitkan pernyataan tersebut. Secara khususnya saya menafikan bahawa penerbitan tersebut telah dibuat bertujuan untuk merendahkan reputasi plaintif di khalayak umum," katanya.
Menerusi saman yang difailkan pada 4 April lepas, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memohon perintah injunksi secara ex-parte supaya Muhyiddin selaku defendan atau wakilnya, menarik balik kenyataan fitnah tersebut atau kenyataan fitnah serupa terhadap beliau.
Ahmad Zahid, 69, juga memohon perintah injunksi sementara bagi menghalang defendan, pegawai dan pembantunya serta ejen dan wakilnya daripada mengeluar, menerbit, mengedar atau menyebarkan kenyataan fitnah itu atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana wadah media sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp.
Turut diminta perintah injunksi sementara bagi mengarahkan defendan agar memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian rakaman video majlis itu yang didakwa mengandungi fitnah di portal berita dalam talian serta media sosial antaranya di Facebook profil 'Perikatan Nasional,' YouTube Astro Awani dan KiniTV.
Selain itu, plaintif memohon perintah injunksi sementara mengarahkan defendan menulis kepada mana-mana penerbit, penyunting, pengendali dan pemilik portal-portal berita dalam talian atau platform media sosial yang menerbitkan kenyataan fitnah itu supaya memadam dan menghentikan penerbitan fitnah berkenaan.
Ahmad Zahid mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau menggunakan jalan pintas untuk menyelesai dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan, meminta pertolongan Muhyiddin untuk mencampuri urusan perbicaraan kes terbabit, mencampuri sistem kehakiman, mengarahkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor dan bukan pemimpin yang patut dihormati, diteladani serta disegani.
Beliau berkata kenyataan fitnah itu adalah palsu serta bertujuan menjatuhkan reputasi dan nama baiknya. Ahmad Zahid juga mendakwa kenyataan fitnah itu dikeluarkan oleh defendan selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya berkaitan PRN Johor.
Sementara itu, peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili Ahmad Zahid, ketika dihubungi berkata, pengurusan kes saman tersebut ditetapkan pada 25 Mei ini. - BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kenyataan beliau bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memintanya untuk campur tangan dalam kes jenayah bekas Timbalan Perdana Menteri itu di mahkamah adalah benar dan bukan memfitnah. - Gambar fail

Banjir Di Baling | Jumlah mangsa di PPS menurun
Jumlah mangsa banjir akibat kepala air membabitkan 12 kampung yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara, P-P-S di Baling menurun kepada 495 orang daripada 109 keluarga. Jumlah itu dilaporkan setakat jam 11 pagi ini berbanding jumlah mangsa semalam iaitu 1,455 mangsa.

Banjir Di Baling | Tiga sekeluarga serta janin selamat dikebumikan
Tiga sekeluarga yang ditemui maut susulan tragedi banjir dan kepala air yang berlaku di Kampung Iboi, Kupang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban awal pagi tadi. Jenazah, Salmah Mat Akib, 54 tahun, menantunya,Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun, yang hamil empat bulan dan anaknya, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 tahun selesai dikebumikan kira-kira jam 5.30 pagi pada Rabu.

Rangka dinosaur Gorgosaurus akan dilelong buat kali pertama
Rangka dinosaur Gorgosaurus dilelong buat kali pertama dan dijangka memperoleh antara AS$5 juta dan AS$8 juta.

Ujian Peristiwa | Belum reda banjir, penaiga diuji insiden kebakaran
Belum reda banjir, seorang peniaga diuji sekali lagi apabila rumah kedai miliknya musnah terbakar di Kampung Masjid Iboi, Kupang Baling, malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan penyelamat, jabatan bomba dan penyelamat malaysia (JBPM) kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebaik menerima laporan pada jam 9.35 malam sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling dikejarkan ke lokasi.

Jenayah | Lelaki tikam ibu kandung direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu kandungnya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah tahanan reman sehingga 12 julai terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sini.

Penjagaan Maritim | 3 bot nelayan Vietnam lucut hak, dijadikan tukun
Sebanyak tiga bot nelayan Vietnam yang dilucut hak, ditenggelamkan dan disemadikan sebagai tukun tiruan berhampiran perairan Pulau Kapas, Marang, Terengganu. Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kesemuanya ditahan menerusi Op Naga barat dan Op Kuda Laut melibatkan penahanan 22 kru termasuk tekong warga Vietnam.

Suspek tikam ibu kandung, positif syabu
Proses bedah siasat terhadap mangsa yang dijalankan di Hospital Melaka masih berjalan dan dijangka selesai petang ini.

Yasin lega terlepas hukuman gantung
Bagaimanapun dia dituduh atas kesalahan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stadium Sultan Muhammad IV berwajah baharu
Proses naik taraf yang bermula September tahun lalu itu dijangka siap sepenuhnya pada 24 Ogos ini.

Lawatan Ke Turkiye | Malaysia pertimbang dapatkan sumber gandum
Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye ketika dunia terus mengalami kekangan bekalan, lonjakan harga makanan serta inflasi. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aspek jaminan keselamatan makanan juga adalah antara komponen utama dalam beberapa siri pertemuan beliau dengan peneraju industri republik itu.

Ikmal Hisham nafi beri jam, payung untuk 'pancing' rakyat hadir majlis PN
Ikmal Hisham yang juga Timbalan Menteri Pertahanan turut mencabar mana-mana pihak agar mengemukakan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan.

PRU15: Pengguna logo PN belum diputus, dimuktamad Pas - Tuan Ibrahim
Pas masih belum membuat sebarang keputusan serta memuktamadkan untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Tuntutan jawatan oleh Bersatu tak salah - Annuar
Hasrat Bersatu untuk menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan beberapa jawatan Kabinet yang lain tidak dianggap sebagai satu kesalahan.

Permintaan Muhyiddin tidak perlu dilayan, kata Najib
Najib faham permintaan Muhyiddin kepada PM sebab risau lebih ramai pemimpin Bersatu tinggalkan parti.

'Ini bukan masanya tuntut jawatan TPM' - Asyraf Wajdi
Desakan itu tidak kena dengan masa ketika rakyat berada dalam situasi sukar menghadapi kenaikan mendadak harga barang.

Muhyiddin bincang dengan PM berkaitan lantikan TPM
Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu berkata pertemuan itu telah diadakan beberapa hari lalu supaya perjanjian PN dengan Perdana Menteri sebelum ini, dapat dipertimbangkan.

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.

Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri - Muhyiddin
Majlis Pemulihan Negeri perlu segera dibentuk bagi melancarkan usaha memulihkan ekonomi bersepadu melibatkan kerjasama kerajaan Pusat dan negeri, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Majlis Pemulihan Negara gagal, bubarkan sahaja - Zahid Hamidi
Katanya, kewujudan MPN sejak dari awal lagi tidak membuahkan hasil.

MPN teruskan peranan sebagai badan penasihat kerajaan - Muhyiddin
Pihaknya akan sentiasa memberi pandangan dan buah fikiran, namun terserah kepada kerajaan untuk menerimanya.