KUALA LUMPUR: Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi figura veterannya apabila pelakon, model dan pengacara era 1970-an, Allahyarham Tumiran Mohd Kasdi atau lebih dikenali sebagai 'Datuk Tommy' meninggal dunia pada Khamis malam.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 4 Jun 2026, sekitar jam 9.41 malam akibat kanser hati.
Pemergian Allahyarham Tumiran pada usia 73 tahun disahkan anak beliau, Nani Zarina kepada Astro AWANI.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham dikenali sebagai antara wajah popular dunia hiburan sekitar era 1970-an, dengan penglibatan dalam pelbagai drama televisyen selain aktif sebagai model dan pengacara.
Menurut Nani, jenazah bapanya dibawa ke Masjid Bukit Antarabangsa (MBA) untuk dimandikan dan dikafankan pada 8 pagi tadi.
"Solat jenazah berlangsung sekitar jam 10 sebelum Allahyarham dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana untuk dikebumikan," kata Nani.
Ketika hayatnya, Allahyarham Tumiran pernah berkhidmat dengan syarikat penerbitan Utusan Melayu sebagai wartawan selain aktif dalam dunia lakonan, pengacaraan dan bidang peragaan.
Allahyarham juga pernah menmegang jawatan Presiden Persatuan Artis Veteran Malaysia