Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merayu pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang memilih Datin Paduka Chew Mei Fun kerana yakin calon Barisan Nasional (BN) itu mampu menjadi wakil rakyat yang baik untuk penduduk kawasan itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata selain tidak berhasrat menjadi menteri besar, Chew juga memiliki rekod cemerlang dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di samping mempunyai integriti yang tinggi.
"Kita memutuskan untuk bertanding dalam PRK Kajang untuk menawarkan kepada penduduk Kajang seorang wakil rakyat yang mampu memberikan khidmat terbaik kepada mereka.
"Saya yakin, jika pengundi Kajang memberi peluang kepada Chew untuk menjadi wakil rakyat mereka di DUN ini, beliau akan mampu melakukan yang terbaik untuk penduduk Kajang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sejumlah 39,278 pengundi terlibat dalam menentukan nasib Chew dan lawannya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pada hari pengundian esok.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata PRK Kajang menjadi saksi bagaimana para pemimpin PKR meletakkan kepentingan politik mereka mengatasi kepentingan rakyat.
Ini, katanya, dilakukan dengan sengaja meminta wakil rakyat sedia ada mengosongkan kerusinya bagi membolehkan pilihan raya kecil itu diadakan semata-mata untuk membolehkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk diangkat menjadi menteri besar Selangor.
Katanya PRK Kajang diadakan kerana wujudnya pergolakan politik dalam PKR dan 'Kajang Move' sengaja dicipta untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar, seterusnya menyelamatkan parti itu daripada kemelut politik yang melanda.
Beliau berkata strategi 'Kajang Move' itu bagaimanapun gagal setelah Anwar tidak layak bertanding berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapatinya bersalah melakukan jenayah liwat sehingga tempatnya terpaksa digantikan oleh isterinya Dr Wan Azizah.
Muhyiddin berkata sebagai pengundi yang bijaksana, beliau percaya adalah amat wajar penduduk Kajang membuat pendirian jelas menolak pemimpin yang mengetepikan kepentingan rakyat demi kepentingan peribadi dengan memilih pemimpin yang komited untuk berkhidmat kepada mereka.
"Jadi, saya dengan rendah diri merayu pengundi DUN Kajang agar mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya.
Timbalan perdana menteri berharap pilihan raya kecil itu akan berlangsung dalam suasana yang aman dan semua pengundi dapat keluar mengundi beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Dalam pada itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap warga Kajang bijak menggunakan peluang pada PRK kali ini untuk membuat pilihan bijak demi kepentingan masa panjang.
"Pilihlah seorang wakil yang mampu membela rakyat bagi memastikan warga Kajang ini benar-benar mendapat perhatian yang wajar daripada wakil rakyat mereka sendiri.
"Datin Paduka Chew Mei Fun adalah seorang yang cukup komited dan saya yakin beliau mampu untuk menjadi wakil rakyat yang baik," katanya yang ditemui pemberita ketika berkempen dari rumah ke rumah sekitar Batu 10, dekat sini.
Naib Presiden Umno itu ketika bertemu beberapa pengundi di kawasan itu turut mengingatkan mereka agar tidak mengambil kira bangsa calon, sebaliknya menyokongnya sebagai calon BN.
Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi gesaan beliau agar penduduk Kajang dapat menilai latar belakang Chew, terutamanya faktor hubungan rapat beliau dengan kerajaan Pusat.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata rekod membuktikan wakil rakyat BN masih mampu memberikan perkhidmatan terbaik walaupun di negeri pimpinan pembangkang, kerana faktor kerajaan pusat masih lagi BN.
"Walaupun dia jadi wakil rakyat pembangkang...tapi kerana dia calon MCA, dan MCA komponen BN, kalau dia menang sebagai pembangkang di Selangor ini, saya janji kita akan salurkan peruntukan pada Chew.
"Kita telah buktikan di banyak tempat walaupun di sesetengah negeri kita jadi pembangkang, tapi kerana kerajaan pusat ialah BN, saya yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan memberikan keprihatinan kepada pengundi yang telah memilih calon-calon BN sama ada di parlimen atau DUN kerana mereka akan berikan perkhidmatan yang lebih baik daripada wakil rakyat pihak lagi satu," katanya.
Bernama
Sat Mar 22 2014
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Analisis: Gerak selepas 'Langkah Kajang'
Kepada pemerhati dan penganalisis politik, keputusan pilihan raya kecil itu sudah hampir tidak perlu dipertikaikan.
Muhyiddin rayu pengundi Kajang pilih calon BN sebagai wakil rakyat
Selain tidak berhasrat menjadi menteri besar, Chew juga memiliki rekod cemerlang dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di samping mempunyai integriti yang tinggi.
PM harap pengundi Kajang dapat beri kemenangan kepada calon BN
Perdana Menteri menarik perhatian bahawa PRK itu dikaitkan dengan apa yang dipanggil 'Kajang Move', dirancang PKR bagi kepentingan politiknya.
Calon BN PRK Kajang manfaatkan jam-jam terakhir berkempen
Chew berkata pengalamannya sebagai Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara banyak membantunya dalam berkempen.
PRK Kajang: 1,197 layak undi awal hari ini
PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Jan lepas.