awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin singgah bazar Ramadan lawat peniaga, tinjau SOP

Bernama
Bernama
14/04/2021
12:51 MYT
Muhyiddin singgah bazar Ramadan lawat peniaga, tinjau SOP
Muhyiddin tiba di tapak bazar pada pukul 5.00 petang dan kehadirannya di bazar berkenaan kira-kira setengah jam itu menarik perhatian ramai pengunjung. - Gambar/ Facebook @Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa berkunjung ke bazar Ramadan di Presint 3 di sini bagi meninjau keadaan peniaga serta kepatuhan orang ramai kepada prosedur operasi standard (SOP).
Beliau tiba di tapak bazar pada pukul 5.00 petang dan kehadirannya di bazar berkenaan kira-kira setengah jam itu menarik perhatian ramai pengunjung.
Muhyiddin turut berbual dengan peniaga apabila singgah membeli juadah untuk berbuka antaranya kuih kaswi gula merah, laksa dan mi kolok.
Pemilik gerai MyTalam Kuih, Wichi Yuso, 48, berkata beliau pada mulanya tidak perasan kehadiran perdana menteri di gerainya kerana Muhyiddin memakai pelitup muka.
"Memang terkejut kerana tidak tahu perdana menteri akan singgah bazar Ramadan hari ini. Beliau beli kuih tradisional dan sempat bertanya khabar saya dan keluarga," katanya yang menjual pelbagai kuih-muih tradisional di gerainya.
"Saya gembira tapi tidak sempat berswafoto dan berbual panjang dengan perdana menteri kerana SOP," katanya.
Pemilik gerai Citarasa Sarawak, Khairul Mohd pula berkata beliau tidak menyangka perdana menteri akan datang ke bazar itu hari ini.
"PM (perdana menteri) singgah beli laksa Sarawak dan mi kolok. Rasanya itu memang kesukaan beliau kerana kakak saya yang membuka gerai di Sarawak pun cakap beliau singgah makan di sana ketika lawatan kerjanya ke Sarawak baru-baru ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Bazar Ramadan
#tinjauan
#SOP
#keadaan peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan