awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin terima sokongan terbesar sebagai PM pilihan rakyat - EMIR Research

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/11/2020
07:23 MYT
Muhyiddin terima sokongan terbesar sebagai PM pilihan rakyat - EMIR Research
Muhyiddin menerima sokongan 65 peratus responden sebagai perdana menteri pilihan berbanding tujuh lagi calon lain. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sokongan tertinggi rakyat sebagai perdana menteri pilihan, menurut laporan EMIR Research.
Memetik kajian yang dilakukan pada suku ketiga tahun ini, Muhyiddin menerima sokongan 65 peratus responden berbanding tujuh lagi calon lain.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di kedudukan kedua iaitu dengan 10 peratus sokongan manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim di kedudukan ketiga, lapan peratus.
Lain-lain sokongan, rujuk rajah di bawah:
Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sokongan tertinggi sebagai perdana menteri pilihan berdasarkan kajian EMIR Research
Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sokongan tertinggi sebagai perdana menteri pilihan berdasarkan kajian EMIR Research
Malah, Muhyiddin turut menerima sokongan yang tinggi di semua negeri, kecuali di Pulau Pinang, dimana Dr Mahathir menerima sokongan terbesar.
Muhyiddin terima sokongan di semua negeri, kecuali di Pulau Pinang.
Muhyiddin terima sokongan di semua negeri, kecuali di Pulau Pinang.
Selain itu, kajian tersebut turut menunjukkan sokongan daripada kaum Cina dan India terhadap Muhyiddin agak kukuh, iaitu masing-masing 50 peratus dan 49 peratus.
Sokongan kedua tertinggi melibatkan dua kumpulan kaum ini adalah kepada Anwar.
Corak sama turut ditunjukkan dalam kalangan pelbagai kumpulan demografi. Muhyiddin menerima sokongan tinggi daripada responden urban (68 peratus).
Muhyiddin turut menerima sokongan tertinggi dalam kalangan responden yang tinggal di bandar.
Muhyiddin turut menerima sokongan tertinggi dalam kalangan responden yang tinggal di bandar.
Mengikut pecahan jantina pula, Muhyiddin menerima sokongan terbesar dari responden wanita (73 peratus).
Sementara dari segi umur pula, beliau menerima sokongan besar dari kumpulan muda.
Kajian EMIR Research ini dilakukan pada Ogos lalu dengan pelbagai metodologi kajian dilaksanakan melibatkan 2,096 responden.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#perdana menteri pilihan
#EMIR Research
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan