Kerajaan tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung penghapusan subsidi kos mengerjakan haji bagi bakal jemaah yang pergi atas tiket rayuan atau sebagai pengiring mahram, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Sebaliknya kata beliau, perkara itu adalah atas budi bicara Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan membuat pertimbangan berdasarkan kemampuan individu terbabit.
"Hari ini tular, mungkin berniat jahat, ditulis tiada subsidi kepada yang merayu atau mengiringi. Tiada kenyataan rasmi sedemikian, yang ada untuk yang merayu jika berjaya TH akan ambil kira kemampuan," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia daerah Kerian, di sini pada Sabtu.
Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar mengulas isu tular bahawa individu yang merayu atau pengiring mahram ke Tanah Suci tidak layak mendapat subsidi haji seperti sebelum ini sebagaimana satu jawapan di Facebook Lembaga Tabung Haji.
BACA: Timbang semula dasar baharu subsidi rayuan haji kali pertama - Asyraf Wajdi
Mengulas lanjut, Mujahid berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan TH bagi mencari mekanisme sesuai untuk menentukan pemberian subsidi bagi yang merayu atau pengiring mahram.
Katanya mekanisme tersebut penting kerana adalah tidak adil jika subsidi turut diberikan kepada mereka yang berkemampuan.
BACA: Hibah Tabung Haji diumum Mac ini - Mujahid
Pada Khamis, Mujahid mengumumkan bayaran untuk menunaikan haji bagi jemaah haji Muassasah yang menunaikan haji kali pertama kekal RM9,980 dengan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM12,920.
Kos menunaikan haji tahun ini ialah sebanyak RM22,900 berbanding RM22,450 pada musim lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 16 2019
MUJAHID: Perkara itu adalah atas budi bicara Lembaga Tabung Haji (TH).
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
TH keluar surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah mulai Rabu
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.
Bakal jemaah diminta bersedia jika Arab Saudi benar jemaah luar tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati bakal haji Malaysia agar bersedia sekiranya kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah luar negara menunaikan ibadat haji pada tahun ini.
Situasi pandemik: Syarat, kos tambahan baharu dijangka dikenakan kepada bakal haji
Langkah itu selari dengan usaha bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Mujahid nafi subsidi kepada bakal haji rayuan dihapuskan
Perkara itu adalah atas budi bicara Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan membuat pertimbangan berdasarkan kemampuan individu terbabit.
Bakal haji perlu diberi gambaran sebenar di Tanah Suci - Mujahid
Pengendali kursus ibadat haji disaran memberi penerangan terperinci mengenai situasi sebenar dan cabaran yang bakal dilalui bakal-bakal haji.
Muhyiddin pesan bakal haji doakan negara kekal aman
Muhyiddin berkata bakal haji juga perlu mendoakan supaya pemimpin negara dijauhkan daripada perbuatan menjurus kepada fitnah.