Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan negeri di bawah kepimpinannya akan berlaku adil kepada semua kaum.
Bagaimanapun, katanya, ada pihak yang cuba memutar belit fakta dan menimbulkan buruk sangka di antara pelbagai kaum di negeri ini.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa melawat bilik operasi Gerakan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dekat sini.
Mukhriz turut gembira dengan usaha Pemuda Gerakan, yang dipimpin Tan Keng Liang, yang turun berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau.
Katanya, kemenangan BN di PRK DUN Sungai Limau tidak membawa perbezaan kepada kedudukan BN memerintah kerajaan negeri, tetapi ia banyak memberi kesan kepada rakyat DUN Sungai Limau kerana jika BN menang, banyak pembangunan akan dibawa ke kawasan ini.
Sementara itu pada sidang akhbar, Tan berkata janji Mukhriz untuk berlaku adil kepada semua kaum amat penting untuk masyarakat Cina kerana sebelum ini terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab memutar belit kenyataan Mukhriz dengan memberi gambaran seolah-olah Mukhriz anti-Cina hingga menimbulkan kemarahan masyarakat Cina di negeri ini.
"Masyarakat Cina di sini mahukan keadilan dan Mukhriz telah menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak akan berpihak kepada satu kaum sahaja, malah akan berlaku adil kepada semua pihak," katanya.
Tan yang juga Ketua Pemuda Gerakan Kedah berkata pelantikan anggota DUN kawasan Gurun Dr Leong Yong Kong sebagai anggota Exco negeri yang baharu sudah jelas membuktikan Mukhriz adalah seorang pemimpin yang adil.
Menyentuh mengenai PRK DUN Sungai Limau, Pemuda Gerakan akan menggerakkan lebih 100 anggota untuk berkempen bagi menawan sebahagian besar pengundi Cina atas pagar untuk mengundi BN.
Tan turut mencabar pemimpin PAS untuk menjelaskan kegagalan projek hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) yang bernilai RM36 bilion yang telah dijanjikan oleh parti itu pada 2009, dan telah gagal dilaksanakan dan menghampakan masyarakat setempat.
"Ia adalah projek terbesar untuk Kedah dan juga kegagalan paling besar. PAS tidak sepatutnya bercakap mengenai isu lain sebelum memberi penjelasan mengenai kegagalan SULIHH," katanya.
Bernama
Mon Oct 28 2013
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir
Parti Pejuang tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (Mahkota, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
PRK Kemaman: Pejuang sahkan tidak bertanding - Mukhriz
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini.
Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRN: Pejuang masih harap dapat kerjasama dengan PN - Mukhriz
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu tidak mahu dilihat sebagai pengacau yang memecah-belahkan undi Melayu dalam PRN.
PRN: Calon MB Kedah hanya boleh dicadangkan Setiausaha Agung Pas, PN- Sanusi
Sanusi berkata bahawa keputusan untuk menentukan calon bagi jawatan Menteri Besartidak boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti berkenaan di peringkat negeri termasuk dirinya.
"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.
PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.
'Mukhriz minta kerusi' - Sanusi sahkan Presiden Pejuang jumpa kepimpinan tertinggi Pas
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan pertemuan antara kepimpinan tertinggi Pas dengan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini.
'Tak patut salahkan saya letak jawatan PM' - Tun M
Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak sepatutnya dipersalahkan susulan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020 sehingga membawa kepada kemelut politik negara.
Pejuang umum berundur daripada GTA
Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan parti itu secara rasmi menarik diri daripada Gerakan Tanah Air (GTA).