Kehadiran teknologi generasi kelima (5G) amat mengujakan peminat teknologi di Malaysia.
Hampir 100 kes penggunaan dicatatkan dan 35 daripadanya dilaksanakan di Langkawi, sehingga meletakkan ia sebagai Tapak Warisan Dunia pertama yang dilengkapi dengan teknologi tercanggih.
Kesemua kes penggunaan yang dipamerkan, terutamanya di zon ujian beta bagi teknologi 5G di Langkawi, merupakan penggunaan asas yang dilihat dapat dikembangkan lagi.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Anuar Kamaruddin, beliau menganggap pelaksanaan teknologi ini memerlukan sokongan dan diterima guna sepenuhnya, terutama membabitkan orang muda.
“Semasa lawatan ke China tempoh hari, saya amat terkejut dengan kadar terima guna (adoption) teknologi 5G di sana.
“Jadi, saya harap orang muda mula berfikir tentang apakah aplikasi yang boleh membantu menyelesaikan masalah dalam komuniti.
“Tak boleh tunggu lama, sebab teknologi 5G ini sifatnya mempunyai lengahan (latency) yang rendah,” katanya pada sidang media sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara TM bersama lapan agensi dan syarikat di Langkawi bagi menjayakan Projek Pembangunan 5G (5GDP).
Tambah beliau, TM melalui kempen #DigitalMalaysia telah berjaya memulakan pelaksanaan teknologi 5G dan peluang ini wajar dimanfaatkan sebaiknya.
Setakat ini, terdapat 11 kes penggunaan telah dilaksanakan di Langkawi yang dibangunkan TM.
Ia meliputi projek berkaitan bandar pintar, penyelesaian keselamatan serta paling penting, projek berkaitan pelancongan pintar.
Hilal Azmi
Mon Jan 13 2020

Noor Kamarul Anuar (dua kiri) bercakap pada sidang media di Langkawi hari ini. Astro AWANI/HILAL AZMI

'4,000 buah kereta' dikeluarkan dari Sungai Klang
Mengalir di celah-celah kepadatan manusia dan industri, sungai sepanjang 56 kilometer itu boleh dikatakan umpama 'tapak pembuangan sampah terapung'.

Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Kelantan
Ia selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di tiga lagi jajahan di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Tiada arahan wajib 'Like', 'Share' media sosial menteri - KKMM
Tiada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah seperti dakwaan yang tular di media sosial sejak semalam.

Persiapan raya musnah dalam tragedi kebakaran di Putatan
Sebanyak tiga keluarga dengan 22 penghuni secara keseluruhannya terjejas dalam tragedi kebakaran di Kampung Sri Pandan, Putatan, Sabah.

Cerita Sebalik Berita: COVID-19 | Kes meningkat, Kelantan buka pusat saringan baharu
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Cerita Sebalik Berita: Cabaran melaporkan kes mahkamah
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Ayuh anak muda! Bantu bina semula dunia yang lebih baik pasca COVID-19 - WHO
Projek tersebut bertujuan untuk menggerakkan anak muda di negara ini untuk memberikan maklumat dan menyumbang kepada penggubalan dasar kesihatan kebangsaan dan serantau.

Dua kereta masuk lubang tengah jalan, laluan ditutup
Dua buah kereta termasuk ke dalam lubang di tengah jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mentakab, Temerloh.

Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 4 sen
Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

COVID-19: 2,340 kes baharu, Selangor tertinggi
Sebanyak 2,340 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 381,813 kes.

MCMC jangka DNB akan buka tender 5G tidak lama lagi
Fadhlullah Suhaimi membayangkan bahawa tender untuk pembangunan infrastruktur 5G yang dianggarkan bernilai RM15 bilion akan diumumkan tidak lama lagi.

Pelaksanaan JENDELA di landasan tepat, capai sasaran - Saifuddin
Fokus Fasa 1 JENDELA diberikan kepada usaha memperluaskan akses jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit kepada 7.5 juta premis.

PEMERKASA: Bantuan kredit telekomunikasi kepada isi rumah anak bersekolah dinaikkan - PM Muhyiddin
Bantuan kredit telekomunikasi menerusi subsidi program jaringan PRIHATIN untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah akan ditambah kepada RM300 bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu.

Teknologi 5G, keselamatan siber antara lima tumpuan KKMM tahun ini
Mempercepatkan pelaksanaan teknologi 5G dan pemerkasaan teknologi keselamatan siber (SiberKasa) adalah antara lima tumpuan utama tahun ini.

MCMC akan kawal selia, pantau DNB
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengawal selia serta memantau Digital Nasional Berhad (DNB) menerusi peruntukan yang berkaitan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Asri Hamidon, Ralph Marshall dilantik terajui DNB - Kementerian Kewangan
Gabungan lantikan profesional merupakan kombinasi kemahiran dan pengalaman tepat membina, memiliki dan menguruskan rangkaian 5G Malaysia

Penubuhan SPV demi pastikan liputan diperbaiki, syarikat penyedia tidak terbeban - MCMC
Pada masa sama penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G, jelas MCMC menerusi satu kenyataan.

Malaysia akan lancar makmal ujian keselamatan siber 5G pertama di Asia Tenggara
Makmal ujian akan menjadi model keselamatan siber secara menyeluruh yang merangkumi sejumlah senario dan menawarkan perkhidmatan aplikasi mudah alih dan penilaian perkakasan.

SPV untuk pastikan pelaksanaan 5G lebih pantas - Saifuddin
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengedaran spektrum teknologi generasi kelima (5G) menerusi Syarikat Bertujuan Khas (SPV) untuk memastikan proses tersebut berjalan dengan pantas.

Tiada bidaan, pengedaran spektrum 5G hanya menerusi SPV - SKMM
SPV yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan menjadi pemilik tunggal teknologi itu dan akan diberikan lesen untuk menyediakan spektrum jalur secara borong.