Perak akan melaksanakan sepenuhnya sistem ladang babi moden mulai 1 Januari 2022 bagi menjaga kesejahteraan alam dan mesra awam.
Mulai tarikh tersebut, semua jabatan dan agensi yang terlibat akan melaksanakan penguatkuasaan untuk menutup ladang-ladang babi tradisional.
Menurut Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Negeri Perak, A. Sivanesan, buat masa ini terdapat 109 ladang babi di Perak.
“Sekarang apa yang kita nampak, apa yang dipraktik selama ini adalah sistem terbuka dan inilah jadi punca dan masalah kepada masyarakat, bau.
“Tetapi dengan sistem ini, selepas kajian demi kajian, demi kajian kita boleh sahkan bahawa masalah ini dapat kita selesaikan,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan program roadshow ke arah pelaksanaan sistem ladang babi moden di Ipoh, pada Selasa.
Sivanesan berkata, sistem ladang babi moden yang menggunakan kaedah kandang tertutup dapat mengawal pencemaran udara, sungai, kacau ganggu bau dan lalat serta mahluk perosak, selain memudahkan kawalan penyakit.
Setakat ini, terdapat 16 ladang babi di Perak telah mula menghala ke arah konsep ladang moden di samping 44 lagi sedang dalam proses perubahan kepada konsep yang sama.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jul 02 2019

A. Sivanesan berkata, buat masa ini terdapat 109 ladang babi di Perak.

Kes Mahkamah | Didenda RM3,000 kerana palsukan maklumat kelahiran
Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah membenarkan maklumat palsu mengenai daftar kelahiran seorang bayi perempuan dua tahun lalu. Muhammad Ridzuan Chan Abdullah, 49 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Sarawak pinda definisi tanah wujudkan kuasa khas kawal ruangan udara di atas tanah negeri
Sarawak akan meminda definisi tanah agar istilah berkanun untuk terma tanah di dalam Rang Undang-Undnag (RUU) Kanun Tanah.

Alam Sekitar | Sarawak bakal gubal dasar perubahan iklim
Kerajaan Sarawak akan menggubal dasar perubahan iklim selaras dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni berkata dasar yang memfokuskan kepada sumber tenaga hijau seperti kuasa hidro, tenaga solar dan hidrogen itu akan dibuat selepas selesai satu kajian di bawah tempoh RMK-12.

Warga emas cedera dipukul tiga penyamun rumah sarang burung
Seorang warga emas cedera di bahagian kepala dan kaki kanan selepas dipukul tiga penyamun di sebuah rumah sarang burung di Tanjung Sedili.

Isu Kanabis, Hem | Ramai pesakit guna untuk perubatan - Syed Saddiq
Kerajaan perlu mengiktiraf ramai pesakit di Malaysia yang perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan. Menurut Pengerusi Kaukus Medical Marijuana, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pesakit berkenaan bukan kumpulan yang mengedar kanabis untuk mengaut keuntungan wang semata-mata.

Dasar Luar China | Malaysia perlu pelajari pembangunan ekonomi China
Dasar luar China yang kini berubah kepada apa yang disifatkan oleh media barat sebagai dasar luar agresif menimbulkan kegusaran implikasinya terhadap negara-negara Asia Tenggara. Bagaimanapun menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan), Help Universiti, Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad, apa yang penting adalah Malaysia perlu mempelajari pembangunan ekonomi di republik itu.

Didakwa sebagai 'pelampau', penceramah Indonesia Abdul Somad dilarang masuk Singapura
Singapura menjadi negara keenam yang melarang kemasukan Abdul Somad.

'Saya bukan Iron Man' - Awal Ashaari nafi khianat, langgar palang rumah
Awal Ashaari menafikan dirinya melakukan khianat iaitu melanggar palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara dengan sebarang kenderaan sehingga rosak.

'Walaupun menimbulkan kegusaran, Malaysia boleh belajar dari dasar luar China'
Penting bagi Malaysia mengambil iktibar daripada dasar luar tersebut, terutama berkaitan selok-belok pembangunan ekonomi.

Harga emas turun, kedai emas kena serbu
Tinjuan mendapati orang ramai mula beratur seawal jam 9 pagi walaupun kedai emas mula beroperasi jam 10 pagi.

Mulai 2022, Perak tutup ladang babi jika gagal laksana konsep perladangan moden
Mulai tarikh itu, semua jabatan dan agensi terlibat akan melaksanakan penguatkuasaan untuk menutup ladang-ladang babi tradisional.